Pengikut (Blogspot)

Isnin, 26 November 2012

jangan cuba merajuk. itu buang masa

hello semua, selamat pagi isnin...

takde la blues sangat hari ni. makan jagung yang dibeli oleh Cik Hawa dari MAHA. bercerita semula tentang orang kedua dalam perhubungan. aku rasa lelaki perlu sedikit bijak menangani isu ni. 

okey. memang cemburu. sangat-sangat. aku adalah mangsa Encik L maki ketika penat. minggu lepas, balik dari kursus Encik L ambil aku kat stesen komuter. aku penat jugak jalan kaki jauh-jauh untuk sampai kereta. maklum la kan, dah lama aku tak naik benda-benda macam tu.

Encik L dah terbaring dalam kereta. rendahkan seat. aku masuk, bagi salam. salam berjawab. kemudian sepi. aku tanya, kenapa. cuma penat. dan sepi. aku pun penat. tapi aku tak suka menjadi pisang. lalu, lima belas minit kemudian seat ditinggikan. pemanduan dimulakan. Encik L ingin balik dan membersihkan diri. 

aku mula bercerita itu dan ini. berkenaan kursus dan mereka yang aku jumpa sebagai kawan. makcik-makcik yang penuh dengan pemikiran berniaga. dan lagi, aku bertanya 'kita bile nak ada company?'

pertanyaan yang dijawab dengan muka masam dan perkataan sabar terkeluar dari mulut yang penuh dengan lelah. aku taknak kalah. mencadangkan pelbagai nama menarik untuk company. ikut citarasa aku. masih, muka itu tidak mengukir senyum. 

aku gagal memberi senyuman tika penat. lalu aku bercerita lagi dan lagi. muka beliau dah sarat dengan masalah lalu mengherdik 'tolong diam boleh???'

oouh, senyap sunyi kereta. aku dah terus mencebik. kalau iya pun, perlu ke aku kena maki? sedangkan perempuan tu mintak tolong kau tak maki pun. siap pening kepala nak jawab apa. 

aku jadi sedih. kuntum amat sangat. bila kereta diberhentikan. aku keluar, nak lari dan rajuk dengan masalah. Encik L membatu langsung tak peduli. 

aku berjalan jauh, melintasi rumah kedai dan kedai lagi. jauh dari kereta. namun, Encik L tidak muncul-muncul mencari aku. aku sedih. air mata dah menitik dah. 

selang sepuluh dua puluh minit, telefon bimbit berbunyi deringan Thousand Years. menandakan pemiliknya Encik L. aku bungkam. tidak perlu angkat panggilan kalau merajuk. tapi selepas dua kali mencuba, talian dimatikan. aku kembali melayan perasaan. 

nyamuk menggigit-gigit kaki aku apabila aku memilih untuk duduk di atas curb tepi tempat parking. aku pilih kawasan terang dan ramai pengunjung. aku nak merajuk je mestilah aku pilih tempat yang selamat. dengan harapan juga, Encik L akan nampak aku bila mencari pakai kereta nanti. kenapa, dalam saat macam ni aku masih fikirkan dia? tertekan dengan tindakan diri sendiri.

semakin lama, aku semakin takut duduk di situ. Encik L tak kunjung tiba. aku pasrah. lalu memilih untuk kembali ke kereta. iya, kau telah menang dalam rajukan ni. sampai kat kereta. kereta kosong. maknanya, Encik L telah kembali ke rumah dan mandi. aku sekali lagi pisang. 

duduk di atas tembok batu. menantikan kehadiran Encik L dengan air mata. sepuluh minit berlalu, kelibat Encik L kelihatan. memegang telefon bimbit. memang tujuan mencari aku. nampak aku, muka beliau sabar. takde maki-maki macam tadi. 

Encik L : telefon tertinggal dalam kereta ke?

soalan bodoh yang diajukan. aku diam. terus masuk dalam kereta. Encik L mengambil tempatnya dan bertanya. 

Encik L : telefon mana? ni menangis ke ni?

Aku : ada kat orang la...

Encik L : cuba bukak laci kereta tu, amek kotak rokok tiga. 

sambil itu, beliau menghulurkan aku satu bag besar duit syiling. kotak rokok dalam laci pun penuh dengan duit syiling. hati aku dah teruja dah. terus ambil duit syiling dan kumpulkan semua satu tempat. aku juga kasi bersih ruang kiri dan kanan pintu. oouh? lebih kan tindakan. 

Encik L : dahla jangan nangis, abang ingat sayang pegi beli burger.

patutlah langsung tak risau. ish, aku jarang merajuk sebab tu Encik L tak tau pun masa tu aku tengah merajuk. hahaha. adey-chiau. 

p.s : aku percaya kau. cuma aku perlukan sedikit penghargaan.



10 ulasan:

  1. erm dia tak pasan pon kite majuk

    bukan salah die sbb mmg fitrah nye begitu

    BalasPadam
  2. Tak semua org boleh baca hati kita dik. Tapi perempuan memang mudah tersentuh. Kena jerkah mestilah menangis ye tak? Ujian bercinta tu...

    Macam cerita Adam & Hawa ada aje ujian tapi dihujungnya manis sekali.

    BalasPadam
  3. ujian....

    dah xmoh nangis2 lagi yerk... :)

    dia x sengaja tu.. mgkin penat sgt...

    BalasPadam
  4. alahai cam baca novel aih....tu lah kekadang kita nih beriya je merajuk...sekali orang x pasan pun kita majuk...sadis toi kan time tuh?hehehehe

    BalasPadam
  5. faham2..kadang2 bila kena herdik dgn org yg kita syg, sgt kecik hatikan.. eh, jap. ni kisah benar ke..?

    BalasPadam
  6. Hehehehhehe...lelaki macam tu ler perangainya kalau mood tak baik...
    Kadang-kadang kita kena ikut situasi mood lelaki ini..hehehhee.
    That life hidup berpasangan...adakala senyum adakala merajuk...
    Lelaki pun kuat merajuk juga...hehehhehehe

    BalasPadam
  7. Chill, jangan sedih sedih tau!

    Jomlah join contest mudah dari QIOS!

    http://qiostestblog.blogspot.com/2012/11/contest-peraduan-mereka-cipta-nama-blog.html

    Promocode: blogbite

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.