Pengikut (Blogspot)

Selasa, 6 November 2012

i se do

hello semua, selamat petang...

hari ni dengan rasa bertuah kerana Ncik Bos Botak ada kat Miri, aku buat kerja dengan santai. sambil baca buku manual Esteem Plus yang tebal, aku jugak buka Youtube. konsep carian hari ni, solekan hari perkahwinan. ooops, jangan sangka aku nak kahwin sekarang. aku sebenarnya sedang gila dengan pembayang mata yang baru. aku beli Jumaat lepas, masa Guardian buat penghabisan stok di Selayang Mall. memang tak lepaskan peluang sebat mana yang ada. 

Eye Shadow Stick From Google
bagi aku, bila masa lagi nak beli alat solek yang murah. zaman berjimat ni elok gunakan peluang yang ada. aku memang dengan keadaan teruja, terus menayang kat Encik L bila jumpa beliau.

Aku : Cuba teka ni apa? (tiga batang sekali aku keluarkan)

Encik L : Eye shadow...

laju je jawab lepas beberapa saat. aku curiga, tuduh beliau ada perempuan lain dalam hati. habis takkan nak curiga beliau gay? langsung takde ciri.

Aku : Mana tau ni??! (ugut)

Encik L : dah awak membebel awak beli eye shadow dari tadi...

Aku : Ye ke?

kehkeh. aku pun tak sedar ape aku bebel. yang pasti dari mula masuk kereta, aku je la yang cakap. rasa amnesia menular. baru aku nak tuduh bukan-bukan. tapi aku taknak kalah. 

Aku : tapi abang, benda ni canggih....

Encik L : eemmmm...

Aku : betul la, cuba tengok...

aku pulas bahagian berwarna, lalu mengeluarkan berus yang sudah dipenuhi dengan pembayang mata lalu terus buat-buat sapu kat mata aku ni. 

Aku : Ha, kan senang, tak payah beli berus lagi. cepat pun cepat. 

okey, ini hanya manifesto setelah kita rasa kita beli barang yang tak berapa perlu. sekian. 

Encik L : khono la yang... (suka hati la yang)

walaupun ini mungkin pembayang mata yang ke berapa puluh aku beli, aku tak pernah pun habis yang sebelum-sebelum ni. pakai seminggu je, simpan setahun. bila natang tu dah pecah-pecah aku pilih untuk buang. sungguh tak patut kan?

itu cerita pasal aku beli pembayang mata baru dengan harga RM 9.00. cubalah carik kat Selayang Mall. apesal aku pegi war war kat sini lak?

aku sebenarnya, kagum dengan solekan orang Pakistan ni. solekan mata diorang super ring ria betul. nak siapkan amek masa 8 minit. tu untuk orang yang mahir la. untuk orang macam aku, mungkin makan jam dan mungkin jugak makan malu sebab tak jadi kan.



korang tengok lah kalau ada masa dan kalau internet mengizinkan. entah berapa banyak kali si tukang mekap sental mata si pengantin tu. yang ajaib, mata pengantin rilek saje. tak menitik pun air. kalau aku dah lama dah meleleh-leleh air mata. 

okey. aku nak berehat jap. malam nanti sambung kerja. adey-chiau. 

p.s : teringat pulak ejaan 'eye shadow' dalam sms Encik L 'i se do'. hahahaha klaka giler baca. 


10 ulasan:

  1. sy pn tgh dilema nk bli satu eyeshadow pallete ni..tp awk beli tu sempoi sungguh! hehe..guna jgn tak guna plak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm, sedang guna sebaiknya. dah pakai hari-hari. huhu.

      Padam
  2. oo en bos botak.. bg tau kat bos!

    alahai sempat lg nak ber'i se do'.. kalau akak.. Tenyeh gincu tepek bedak sarung tudung awning.. trus angkat anak masuk keta p keja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu boleh buat macam tu la, skang dah kena complaint...

      Padam
  3. Tak pandaila pakai i seydo ni. Rasa macam mata baru pas kena tumbuk.
    P/s : mak kite pun panggil i seydo ni 'i se do' jugak..

    Yang benar : kaknam style

    BalasPadam
  4. suka tengok orang pakai i se do...tapi me..?? tak berapa rajin! :D

    BalasPadam
  5. Hahaha!! Hamboih! Kalau agak-agak beli barangan-tidak-keperluan tu meh la sedekah kat chek skett~

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedekah i se do?? u really need that? kihkih

      Padam
  6. hahah i se do.. serius klakar la.. shera x ske pkai i se do.. akan skip pakai i se do.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini adalah barang make up kalo rajen sahaje :)

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.