Pengikut (Blogspot)

Khamis, 29 November 2012

Encik Buat Sendiri

hello semua, selamat petang...

hari ni mesyuarat tapak. aku tak faham dengan industri ni sekarang ni. betul-betul takda duit ke atau ape. sebab kontraktor yang buat dewan dari dua minggu lepas yang sangat meriah, hari ni tinggal seorang je untuk ikat batu. kontraktor bising pasal bayaran lambat dapat.

Encik L hadapi masalah yang sama. pekerja tiada. duit tiada. mungkin atau peluang orang kita untuk membina rumah sendiri daripada mengharapkan sumber luar. aku sendiri tak pasti laluan mana satu yang betul. 

alhamdulillah, ibu dalam komputer pejabat telah dibaikpulih. boleh aku tutup komputer lepas ni. kalau tak berminggu benda alah ni tak tutup. nanti tak boleh buka semula.

tadi aku rasa seronok, lepas balik dari Indah Water Konsortium yang letaknya di Menara Ampang Jaya, aku dengan Ncik Meor berjalan-jalan di Giant dan Mr DIY yang ada kat bawah bangunan tu.

wah, penat jugak kaki berjalan dalam Mr DIY yang aku rasa sangat menarik. mane nak dapat pisau harga RM 2.30 kan, bersama test pen pakai bateri yang berharga RM 4.80. mangkuk makanan Belang yang berharga RM 2.90 serta berus pembayang mata yang berharga RM 1.30. mahu tak gila mata aku. 

tu je la barang yang aku beli, barang lain pun ada. macam sangat-sangat menarik la. yang test pen tu hadiah untuk Encik L yang dah bersungguh-sungguh kerja seminggu ni. saje lah ambil hati. beliau tak pernah pun belikan aku hadiah kan? tak adil...

okey, takde cerita apa yang menarik sangat pun selain Mr DIY dan keadaan pejabat dah makin lengkap ni. nanti kalau rajin, aku cerita pasal konsep pejabat yang cuba aku ketengahkan kat sini. kalau jadi la kan. 

Canggih kan Test Pen ni??


sampai sini dulu la. sebab aku rasa nak makan meggi kari letak sayur sawi yang aku beli kat Giant tadi. assallammualaikum.

p.s : aku banyak kerja. hikhik.

14 ulasan:

  1. rapunzel keje apa sbnrnya nih? first time akak tgk testpen tu.. safety x? thn berapa volt tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. keja civil engineer, based consultant. pergi IWK untuk submit approval sewerage system.

      macam cikai je test pen ni nak bukak penutup punye la payah.

      maksimum volt 250 V. die bagi tahu kat plastik ni. hikhik

      Padam
    2. oo..syok juga baca entry2 kerja rapunzel. eh, nak panggil apa ni..? dah rasa mcm dlm citer disneyland je rapunzel .. hihi.. oo..oklah utk single phase. ;)

      Padam
    3. Panggil je mas... Rapunzeel ni nama poyo2 je...

      Padam
  2. jangan lupa taruk telur sekali dalam megi tu yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya. Telur menu wajib. Mane boleh tinggal...

      Padam
  3. hari tu, ada jumpa banner Mr. DIY.
    tapi tak berkesempatan nak gi.

    eh, kontraktor pun ada naik turunnya jugak ye?
    banyak sangat kompetition.

    BalasPadam
  4. amboi, sungguh ingat harge barang

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.