Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Ahad, November 11

decor : tatarias ruang tamu

hello semua, selamat hari ahad...

hujung-hujung tahun ni, semua orang mesti tengah santai-santai kan? aku takde la macam tu. aku tidur lagi lama dan lama. ingat nak basuh kain satu pusingan iaitu pusingan baju-baju kerja. nasihat Encik L berkenaan dengan basuh baju setiap hari gagal diusahakan. kehkeh. tuduh je la aku seorang yang pemalas kan. 

hari ni sebab aku ada masa sikit nak jalan-jalan di laman sesawang, mari kite ambil tahu tentang macam mana nak susun perabot di ruang tamu. tatahias dalaman yang memang ramai orang dah tau kan. tapi boleh la kite tengok gambar...

LANGKAH SATU : Mulakan dengan kosongkan ruang tersebut.
kalau kita nak nampak besar mana ruang tamu, sebelum susun barang dalam tu kite disarankan untuk kosongkan ruang tu. lepas tu boleh anggar perabot mana nak boleh masuk dalam ruang tu. kalau nak pakai pita tape pun boleh...

LANGKAH DUA : Pilih titik fokus.
titik fokus boleh jadi tingkap, pintu atau televisyen yang menjadi salah satu fungsi ruang. jadi fokuskan item-item tersebut terlebih dahulu daripada barang-barang lain. ambil kira jugak, adakah tetamu datang akan masuk campur dalam ruang korang menonton televisyen?

Contoh titik fokus
LANGKAH TIGA : Letakkan kerusi di sekeliling titik fokus
letakkan kerusi rapat antara satu sama lain untuk memberi kemudahan komunikasi semasa beriadah. kite jugak boleh asingkan ruang menonton dan ruang menyambut tetamu

Meja kopi, Kerusi dan ruang laluan

LANGKAH EMPAT : Letakkan meja kopi di tengah-tengah kerusi
ini juga asas dalam hiasan. ambil kira jugak kedudukan lampu supaya tak terlampu gelap dan tak terlampau terang untik ruang tersebut

Lengkap untuk perbincangan

LANGKAH LIMA : Ambil kira ruang jalan
ini penting untuk sediakan ruang untuk lalu lalang yang selamat terutama untuk kanak-kanak dengan jarak 6m hingga 9m bagi ruang terbuka. Elakkan perletakan perabot di muka pintu untuk mengganggu ruang tersebut dengan orang keluar masuk

okey. nak siap-siap pegi Ampang. adey-chiau.

p.s : berusaha selagi boleh!


4 ulasan:

  1. erk..mungkin kemas uma pasni akk rujuk kek buku deko-deko eric lah..


    hehehehhe

    BalasPadam
  2. Kak Sha kalo mesti ada book shelves, coffee corner dan warna hydrangea. Boleh ke tak buat agaknya dik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh kak sha... ape yang kite impi mesti boleh jadi kenyataan.

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.