Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Ahad, November 25

decor : buat sendiri sarung lampu

salam ahad, hari yang bahagia...

biasa, masa aku rajin update blog dulu-dulu, aku suka tulis pasal decor atau sekarang ni nak tukar bahasa sebagai tatarias. tujuan aku, nak bagi orang Melayu yang macam aku yang malas nak baca artikel bahasa inggeris. jadi, kamu boleh baca apa yang orang inggeris buat dalam bahasa melayu. kebanyakan daripada entri tatarias ni, aku tak pernah buat pun kat rumah. bayangkan, aku hanya tinggal di sebuah asrama milik bersama. jadi aku belum pernah cuba mana-mana gaya. aku tulis berdasarkan minat je lah. 

aku dengan Encik L suka dengan satu benda alah ni. kalau pergi Romantika, benda ni lah kami selalu godek. sarung lampu. Encik L suka nak letak lampu dalam sarung lilin. yelah, beliau reti bab-bab aliran elektrik, boleh la nak cerita. aku ni suka tengok sebab cantik je kan. 

manalah tahu, korang ada lampu tinggi yang bersarung tu, yang selalu letak tepi katil dalam bilik tidur. selalu sarung yang mudah je kan. kita boleh tukar ganti sarung tu, ikut corak dan kain yang kita minat. yang paling penting, mudah nak buat sendiri. 


Contoh sarung lampu

pertama sekali, bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sarung lampu ini : 

kerangka sarung lampu, plastik jernih, kain (seeloknya kain yang jarang habuk macam kain langsir), pita perekat duo (double tape) dan braiding a.k.a rambu-ramba pada bahagian bawah lampu. 

sarung lampu memang nampak mudah nak buat. tapi yang paling penting kena ada sifat kemas untuk tegangkan kain-kain tu. kalau gelebeh nanti tak cantik pulak kan. 

Langkah Satu : Lekatkan Fabrik kepada Plastik Jernih

jenis kain dan jenis plastik jernih adalah dipilih berdasarkan kandungan cahaya yang kita perlu untuk lampu tersebut. warna kain atau plastik akan memberikan kesan kepada cahaya. sebagai pengetahuan asas, warna merah dan kuning beri cahaya hangat manakala warna hijau dan biru beri cahaya sejuk. untuk memberi cahaya yang sedang-sedang, warna ungu bercampur corak emas akan memberi keseimbangan pada cahaya lampu yang terhasil. 

Lekatkan Fabrik kepada Plastik Jernih
pastikan kain yang dipilih itu tidak berkedut. seterika jika perlu. ratakan plastik jernih aras kain seperti dalam gambar. lekatkan dua permukaan dengan plastik dengan perekat duo. ratakan dengan perlahan-lahan supaya kedutan dapat dikurangkan. 

Langkah Dua : Membuat Kerangka Sarung Lampu

Contoh Kerangka Lampu
kebanyakan kerangka sarung lampu adalah dari besi yang berbentuk bulat dan mempunyai gelang atas dan gelang bawah. gelang atas kebiasaannya akan menerima cahaya dari lampu dan bahagian bawah berfungsi untuk memberikan impak memperjelaskan cahaya. Ukur lilitan gelang pada kerangka, ambil 2 sentimeter lebih besar bagi setiap ukuran. ukuran ini akan menjadi ukuran lebar bagi sarung lampu tersebut. 

Langkah Tiga: Potong Bahan

Potong kain yang telah dipilih

potong kain mengikut lebar diperlukan. ketinggian bagi kerangka adalah berdasarkan ketinggian kerangka lampu. setiap potongan perlu dipotong beberapa sentimeter lebih dari ketinggian asal supaya kain dapat dibalut sehingga ke bahagian dalam lampu dan diketatkan. 

Langkah Empat: Penyediaan Bahan Lekat untuk Kerangka Lampu

Perekat duo pada bahagian kain
lekatkan perekat duo pada bahagian atas dan bawah, permukaan yang perlu untuk melekatkan kain dengan sarung lampu. lekatkan di sepanjang permukaan kain yang terlibat. pamerkan bahagian nipis pada kerangka, sorokkan permukaan tebal kerangka di belakang bahagian lampu. 

Langkah Lima: Hamparkan Kain kepada Kerangka Lampu

untuk mereka yang kurang mahir, langkah ini digalakkan untuk mendapatkan pembantu. letakkan gegelang kerangka ke garisan perekat duo dan secara berhati-hati lekatkan pada kerangka. Lekatkan juga bahagian kain yang bertindih dengan perekat duo. maka, bahagian luar lampu sudah siap untuk meneduhkan cahaya lampu. 

Hamparkan kain kepada kerangka lampu

Langkah Enam: Ketatkan Bahagian Dalam Dan Kemasan

langkah terakhir adalah untuk menyiapkan sarung lampu adalah dengan membengkokkan garisan tebal perekat duo di atas kerangka lampu, seberapa kemas yang mungkin. anda mungkin mahu menambahkan bahagian atas dan bawah dengan braiding atau rambu-ramba mengikut kesesuaian.

Ketatkan Bahagian Dalam dan Kemaskan

okey. selesai sudah cara-cara menyediakan sarung lampu. guna kain. mudah tak? tengok memang mudahkan. kalau korang berminat boleh cuba, yang cantik rumah korang jugak kan. adey-chiau. 

p.s : aku akan ada lampu macam ni kat rumah aku nanti. yang sendiri punya. kikikiki


8 ulasan:

  1. waaahh..nice2! kalau kite ada impian..InsyaAllah sume tu xmustahil.. =)

    BalasPadam
  2. ooo.. Boleh buat seniri e? Nampak sangat x tahu pasal ni.. Lebih kepada hobi kan aktiviti ni.. Rajinnya..

    BalasPadam
  3. Memang cantik dik. Tapi kan... kakak bukan jenis yg rajin. Suka tengok org buat tapi sendiri buat memang tak adalah...

    BalasPadam
  4. kena kreatif, dan rajin...

    kalo moon.. mmg xrajin..ngeeee~

    BalasPadam
  5. bagus ada sarung lampu mcm ni...agak2 bosan, boleh ganti dgn sarung lain...

    tapi kena rajin la...kalau aku, mmg tak rajin....haha...

    BalasPadam
  6. huhuhu. mungkin budaya kite tak sesuai jadi rajin macam ni eh?

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.