Pengikut (Blogspot)

Selasa, 13 November 2012

cerita kasut baru

hello semua, selamat malam....

menunggu Encik L untuk makan malam. aku dah makan, habiskan lauk ayam masak kicap, air tangan Kak Hawa. alhamdulillah.

sedang-sedang blogwalking. Cik Hawa masuk dan kalut-kalut. macam mana nak buat 'online booking' untuk Ncik Bos Botak ke Miri esok. yang Ncik Bos ni pun suka buat kerja 'last minute'

hujan sekejap. berhenti sekejap. tak mematahkan semangat aku ke Selayang Mall dengan Encik L. membeli sepasang kasut baru, ganti kepada kasut sarung jenis rata yang dah bocor. waktu hujan, walau berkasut aku tetap berinteraksi dengan alam semulajadi. kihkih.

lalu semasa itu, aku berlari ke Tesco Ampang. besar, gabak, extra. tipu je berlari. jalan molek-molek dah la. aku mencari kesepadanan rentak kewangan dengan rentak kaki. aku perlu. hati aku memujuk otak sedangkan kaki berkehendak.

Dr Cardin itu bagus. tukang kasut yang berjaya menyediakan medium lembut dan selamat untuk dipijak. harganya bagus untuk kualiti persembahannya. otak aku menggeleng. 

Kawan baru, baru je setengah hari sampai.

jadi, Selayang Mall adalah pusat terbaik. kedai Dress Up mempamerkan jenama Licci, kemungkinan peranakan bagi Vincci adalah mampu milik untuk aku. bertemankan Encik L, buat pertama kali dalam sejarah perkenalan. memori ini adalah biasa. mungkin lebih bosan dari memilih bersama teman-teman sejantina. redha. 

memilih jenis itu dan ini. ada satu berkenan pada hati. jenis itu memang aku. Cik Hawa suka gelar kasut jenis itu adalah kasut karipap bersama riben tersangkut di atas. hati aku dah puas dah. 

Encik L, kurang berkenan dengan pilihan itu. tapi setelah manifesto dikeluarkan. beliau akur. cuma terpukul dengan alasan 'Abang lagi suka kasut tu, sebab kasut tu tutup penuh kaki sayang' 

itu agama. tiada alasan aku menidakkannya. hanya penambahan dengan sarungan stokin kaki, boleh menjadikan kasut terbuka lebih sopan. ilham aku dalam hati. 

terima kasih, kerana prihatin tentang auratku. assalammualaikum. 

p.s : kadangkala, berdua itu menampakkan sesuatu benda yang kabur.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.