Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 16 November 2012

Belang dengan salutan gravy

hello semua, selamat tengah hari...

salam jumaat. sudah masuk tahun baru 1434 Hijrah. mari bercerita pasal Belang. kucing kesayangan aku, Kak Hawa dan Cik Shida. warga lain mungkin menumpang saja untuk menyayangi dia. siapa nak sayang kalau telinga berkerak. ye tak?

korang perasan tak kebelakangan ni. kalau korang ada bela kucing dan bagi makanan jenama Friskies la kan. yang cair, tin tinggi perisa 'Deep Sea Delight' macam dah kehabisan stok. 

Deep Sea Delight, rasa ikan Tuna
itu adalah tin yang akan buat Belang teruja, tak tentu arah dan memanjat meja dapur lalu budak-budak rumah akan menjerit namanya sekuat hati. Belang, Belang...

hari Isnin hari tu, aku carik kat Speedmart 99. tiada perisa ini. satu baki pun tak tinggal. aku siap pesan kat abang susun tin suruh beliau tempah yang perisa ada tuna tu. 

yelah. Belang itu seekor yang meminta, atau orang putih guna bahasanya 'demand'. jenama lain, maaf! anda tidak akan dilayan. Royal yang mahal dari ni tidak kena kat hidung dia. jangan kata rasa, bau pun Belang dah mula buat hidung tengit. aieh...

kalau jenama yang sama, kena beli yang ikan kembung atau makeral. jika ada sotong dan udang dicampur sayur. maaf, perut saya tidak hadam benda itu. 

semalam, aku pegi NSK. perisa 'Deep Sea Delight' ni tinggal 2 tin je. berbanding dengan perisa lain yang ada ratusan tin. kamu biar benar NSK? 

dengan rasa kasihan pada permintaan Belang yang tak dapat dipenuhi. dengan niat hati nak memujuk. jadi aku belikan dia, sebungkus 'Gravy Coated, 2 in 1' 

Gravy Coated, 2 in 1, perisa salmon dan tuna
macam menarik kan? gravy tu dah cukup macam rasa makan KFC dah. janji ada ikan tuna. tambah pulak ikan salmon. gila kau kalau tak sedap. semangat aku bila ambil bungkusan tu.

istimewa sikit 'gravy coated' ni ada dua cara makan. satu makan dengan rangup, buat makan biskut sarapan pagi untuk anak Kak Hawa ni alas perut. dan satu lagi letak dalam bekas dan tambah air. untuk makan secara cair. 

ikut keadaan secara kering macam Belang menyukainya. Kak Hawa dah bising yang aku ajar makanan mahal kat Belang. bukan, aku nak cuba yang letak air tu. kos beli pukal macam tu murah lagi. 

tapi tengok macam mana situasi malam ni. kalau Belang makan aku akan bagi terus yang ni. tak ler, orang rumah kena pau sehari satu tin besar dengan Belang kan.

doakan aku berjaya. nak naik rumah. qada' tidur. adey-chiau. 

p.s : semua pun nak Friskies, termasuk shampoo mandi tau...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.