Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Selasa, November 20

alat solek : gaya pakai celak ikut keadaan


hello semua, selamat pagi...

celak. satu alat solek yang wanita suka. iya, aku pun. tapi aku masih terkial-kial nak pakai. setakat nak pergi tapak dan pejabat sememangnya aku tak pernah pakai. kalau nak pergi kenduri pun ikut jiwa. tapi aku dah jarang pergi kenduri sekarang ni. kerja je la. 

dengan satu celak. boleh buat empat gaya. menarik kan. biasanya aku guna celak jenama Avon. murah pun murah. tahan lama dan tak mudah patah. aku suka guna celak jenis batang. yang boleh pusing untuk keluarkan mata pensil. jenis ini adalah lebih pekat dari jenis pensel. 

sebut pasal celak. celak dah ada macam-macam warna dah. dulu yang popular hitam. lepas tu keluar warna coklat nak sepadan dengan mata orang Asia la. ada biru, pink dan putih. ni semua untuk orang-orang yang gila dengan alat solek ni. untuk simpanan wanita umum, hitam dan coklat pekat dah memadai dah. 





Gaya Kasual untuk Hujung Minggu

gariskan celak pada bahagian bulu mata (dalam) seperti dalam gambar tu. Untuk lebih kasual, celak hanya digaris sehingga 2/3 panjang mata. aku rasa cara ni boleh pedihkan mata. tapi aku nak cuba sebab nampak cool. hehehe.









Gaya Sempurna ke Pejabat

mula-mula pilih warna coklay sebagai warna celak, tampil profesional dengan gaya natural. lebih kurang macam tu la. gariskan bahagian atas mata (luar) sepanjang mata. kemudian hasilkan lekukan V di bawah mata, lebih kurang 1/3 mata.










Gaya Waktu Petang

mudah. ambil celah dan warnakan ruang mata atas dan bawah keseluruhan mata. tambah dengan maskara lentik dan teruslah ke pusat beli belah. 









Gaya  Beli Belah

celak diletakkan dengan lebih pekat pada hujung-hujung mata. pada bahagian atas, warna sebelah luar mata dengan pekat. campur dengan pembayang mata warna natural. untuk bahagian bawah, warna bahagian dalam dengan pekat. ini akan buatkan mata kita kelihatan sedikit besar.




lepas aku baca benda ni, bila fikir-fikir balik bersederhanalah dalam bercelak. tak payah nak berlebih-lebih. kejap lagi menarik perhatian kan dah jadi dosa. assalammualaikum.

p.s : realiti aku tak reti pakai celak. nanti mata aku berair.


11 ulasan:

  1. bnyk pula gayanya ya..akak pakai kt atas je tu pun bila rajin..akak suka guna hypersharp liner maybelline.

    BalasPadam
  2. banyak nya cara.. main tibai je pakai.. itupun ikut mood

    BalasPadam
  3. lelaki juga ada yang pakai celak
    dulu2 aku pernah la cuba pakai beberapa kali
    hehe

    BalasPadam
  4. huh...baru tau ada jgk pelbagai cara wanita memakai celak...hehe

    BalasPadam
  5. pakai celak cuma bila outing je...kalau setakat nak gi kerja mmg tak de la...haha....

    BalasPadam
  6. bertuah la aku nk pakai celak2 ni..
    den x pandai.. hahaha

    BalasPadam
  7. wah. macam2 gaya. haha. aku pun tak terikut gaya yang mana satu.

    BalasPadam
  8. samalah kita pakai avon je,tp jiwa mmg selalu malas.setahun boleh kira berapa kali je pakai.haha

    BalasPadam
  9. pakai celak mase gi kenduri je..hehe...

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.