Pengikut (Blogspot)

Ahad, 18 November 2012

alat solek : bedak asas ikut warna kulit

helloo semua, selamat petang...

aku baru bangun tido. berbedak ke pejabat? tidak mungkin. siapa pun ada. setakat nak lap air liur basi ni. takde hal kot kalau hanya bertemankan fail-fail dan buku-buku yang tak benyawa ni.

aku sebagai perempuan yang bekerjaya. konon la. amat mementingkan ciri-ciri atau jenama bedak asas sebagai teman seharian muka aku bekerja. pemilihan bedak asas yang betul akan membantu mengurangkan kadar peluh lalu mengurangkan penghasilan minyak di muka yang menjadi sahabat baik kepada jerawat. tentu sekali musuh utama untuk kulit.

aku jenis muka yang ada jerawat. dari darjah-darjah lagi dah tumbuh. aku tak jaga, kopek sana sini. akhirnya parut tu kekal. nak menjaga gila-gila seperti ke spa atau apa, korang kena tahu yang kerjaya aku tak sesuai. sekian. 

jadi, penggunaan bedak asas yang selesa untuk kulit adalah penting. selagi kita tak guna bedak asas, alat solek seperti pembayang mata dan pemerah pipi adalah tak digalakkan untuk terus kena pada kulit. pasti kena ada alasnya. 

jadi, untuk satu hari yang bosan. aku nak kongsikan cara memilih warna bedak asas ikut tona kulit masing-masing. ini panduan ringkas dan tak mungkin berguna seratusperatus. ikut pada kesesuaian. 

bagi wanita yang mempunyai kulit cerah dan sekata, warna putih susu atau warna natural adalah paling sesuai sebagai warna pilihan untuk bedak asas. jika wanita jenis ini memilih warna gelap maka muka mereka akan nampak seperti berkapur dengan tona yang berbeza dengan warna kulit dengan penggunaan warna tersebut.

Maybelline Clear Smooth - Warna Talkum

bagi wanita yang mempunyai tona kulit sederhana, warna madu atau beige adalah warna yang paling sesuai. kebanyakan jenis kulit tona sederhana mempunyai tona yang lebih gelap pada garis rambut dan rahang muka pada bahagian pipi. aplikasi secara lebih pada bahagian tersebut akan membantu untuk menyeimbangkan tona bedak keseluruhan muka.

Maybelline Clear Smooth - Warna Nude Beige
Untuk nada kulit gelap, cuba madu hangat dengan campuran beige sebagai satu kemasan yang jelas pada raut wajah. Selain itu, bedak yang longgar seperti bronzer juga boleh disapu pada bahagian dahi, pipi dan dagu bagi menghasilkan satu warna kulit yang bersinar.

Maybelline Clear Smooth - Warna Sand Beige

Maybelline Mineral Powder Bronzer
jenis kulit aku yang gelap. aku sangat suka pada Maybelline Clear Smooth ni. sangat selesa dengan harga berpatutan untuk orang dah kerja macam aku kan. Bedak mineral aku tak pernah cuba. selain dari harga agak tinggi untuk paras gaji aku, aku rasa aku takkan sempat untuk tepek dua tiga jenis bedak atas muka. nanti pukul sebelas baru turun pejabat kau. kahkahkah. 

tapi untuk rasa begitu menarik lagi, sebenarnya aku suka produk dari Revlon. memang tak nampak cela langsung pada muka kalau pakai. dengan cecair mineral yang terkandung dalam bedak asas tu. harganya, adalah bukan mampu milik aku juga setiap bulan kalau nak pakai tu je kan. 

Revlon ColorStay
itu dia. harga sebulan pakai RM60 ke RM40++ aku pun lupa. lepas ni kalau Encik L nak pinjam duit rolling kire tak dapat la kan. kuikuikui. 

jadi kesimpulan aku, pilih bedak asas ikut warna dan harga lebih berbaloi. alasan aku mudah, balik kerja korang kena cuci gak benda tu pakai air. bukan lekat kat muka sepuluh tahun kan. 

sampai sini. adey-chiau. 

p.s : cerita pasal isu boikot, yang aku sendiri keliru. mari baca penulisan di sambungan ni Hukum McDonald, KFC, Maxis & Syarikat Yahudi

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.