Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 16 November 2012

air nenas pembuktian cara memasak aku booo

helloooo semua, selamat malam....

malam semalam, masa dekat NSK aku ada beli nenas. teringin nak minum air nenas yang Encik L cakap sedap kalau letak dengan cengkih. rebus airnya. cakap berjuta kali aku dah rasa marvelous dalam hati. sebelum ni, aku pernah rasa air teh Yaman, ramuan teh yang dicampur dengan cengkih.

cengkih dengan diri aku, aku rasa boleh ngam la. aku suka rasa mint yang ada pada cengkih. nak kunyah macam tu kirim salam la kan. 

roger Encik L, tanya macam mana nak buat. jawapan sangat mudah. ambil nenas, rebus, letak cengkih. menggelegak. siap.

habis, kalau semua kerja itu mudah, kenapa perlu ada method of statement? aku cuba kait dunia kerja aku dengan masakan. kehkeh. 

akhirnya Encik L suruh rujuk chef kat rumah aku a.k.a Kak Hawa. Kak Hawa suruh letak gula sikit sebab nenas tu rupanya jenis nenas masam. lebih kurang macam tu la.

rebus macam rebus benda biasa. tapi kena tunggu lama biar serat nenas tu tersebar dalam air. air bertukar kuning dan nenas bertukar putih. macam tu la proses eksorterma dan enzoterma yang berlaku antara nenas dan air. kimia tak aku?

hebat kan penerangan. tapi hasilnya kurang memberangsangkan kawan. cengkih lebih banyak dari segalanya. cubaan saya gagal. saya adalah seorang yang tak pandai masak.

selamat malam semua. assalammualaikum...

p.s : sebab masak meggi untuk Encik L, sanggup pecah telur dalam cawan sebelum masuk periuk. nak bagi hasil yang sempurna. tapi haih ~!


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.