Pengikut (Blogspot)

Isnin, 26 November 2012

air apung-apung

Hello semua, selamat malam...

Walaupun gambar kat atas adalah sedikit kabur, biar aku bagitahu. Ada cawan, sudu, aiskrim vanila dan sebotol air A&W untuk dijadikan float. Best tak?

Aku sangat-sangat teringin nak rasa benda alah ni semenjak malam sabtu lepas. Lepas balik hang out dengan adik-adik pejabat di Wangsa Walk.

Semalam aku merengek dengan Encik L nak benda alah ni sampai rumah aku untuk hantar ia. Tapi semua tu impian kan?

Menunggu beliau realisasikan impian aku adalah mustahil sama sekali. Aku dah bergaduh kot pasal benda alah ni. Masa dalam panggilan.

Encik L : kejam sangat abang kan, tak tunaikan semua kehendak sayang. kejam macam tu ke?

Aku : pernah ke abang tunaikan permintaan kita nak pegi makan Secret Receipi hari tu? lain-lain nak makan coklat ke ape ke?

Encik L : habis permintaan sayang nak makan Ayam Penyet abang tunaikan?

Aku pulak jadi keliru. Ayam Penyet tu makan tengah hari kot. Takkan itu kategori permintaan. Tak faham la kan???

Encik L : float tu macam mana?

Akhirnya, ada benda yang beliau tak tahu.

Aku : alah yang air sarsi letak ais krim vanila tu.

Encik L : buat sendiri tak boleh? sibukla yang, pekerja lari lagi.

Alasan yang memang hakikat. Saat macam ni, aku kena banyak beralah. Buat sendiri pun okey. Habis jugak dua cawan.

Terima kasih kepada Cik Hawa yang dalam hujan-hujan redah beli bahan ni kat Speedmart 99 eh. Sayang Hawa.... Kikiki, tak payah sayang Encik L dah.

Okeyh. Baru nak mula overtime. Adey-chiau.

p.s : kalau aku tak memahami. siape lagi kan?

Published with Blogger-droid v2.0.8

3 ulasan:

  1. makan ais krim dengan A&W?

    nak sket!.. hehehe..

    first time singgah sini.. salam singgah.. =)

    BalasPadam
  2. Hehe buat sendiri pon dah kira ok... Jimat tau..beli kat a&w tu... 1 gelas je dah mahal kan...

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.