Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 13 Oktober 2012

tidak ada istilah beli-belah

eh, hello semua, selamat tengah hari...

hujan yang lebat telah sampai ke penghujung. mungkin juga akan berulang. untunglah siapa-siapa yang bercuti hari ni. aku baru lepas habis mesyuarat. nak ada perbincangan dengan Encik L dan Ncik Meor Satey. macam mana nak cepatkan progress kerja dekat Surau Kajang. kerja kecik-kecik je.

kengkonon masa menyambil tu. aku nak buat rekabentuk SPNB tapi nampak gayanya aku sedang 'blogwalking' sambil minum air nescefe.

dah lama gile aku tak membeli-belah. sangat rindu. kehidupan dua tiga bulan ni sungguh menjunam aku cakap sama korang. tak best jugak pegi beli-belah sama dengan dengan Encik L. 

aku pernah bawak pegi NSK. memanglah aku cakap aku nak beli sabun dengan makanan Belang je. tapi tak semestinya aku tak boleh ambil benda lain kan? ni seboleh-boleh buat aku tak purchase apa-apa selain itu. langsung tak bagi muka. aku rasa macam bosan. 

memang aku takde sebarang duit untuk belanja. tapi bagi je lah aku peluang. ni semua pun bosan kan. mintak pendapat pun tak seronok. masa dulu-dulu aku nak sangat beli-belah dengan beliau. sekarang tak lagi. kah kah kah.

tapi yang bagusnya satu hal la. aku boleh mintak duit suka-suki kalau nak belanja. memang beliau manjakan yang tu. bab meneman beli, elok jangan bawak lah. buat sakit hati je bertingkat-tingkat.

betul kot. lelaki dengan perempuan bab beli-belah ada mentaliti yang berbeza dan beliau dah janji kuasa membeli adalah kuasa aku. kakakakaka. seronoknye. tapi beliau akan pantau... ehh? tu tak seronok.

sesejak aku bercinta secara ingin berkahwin ni kan. aku dah belajar sesuatu la. aku dah tak beli baju setiap bulan. aku dah hanya ada sepasang kasut untuk kerja dan sebuah beg untuk kerja. aku dah tak beli banyak-banyak secara borong macam dulu. ada kebaikannya, kadang-kadang tak semua benda aku guna. 

tapi sebagai orang yang suka belanja suka-suki. ini adalah langkah paling sukar. nak beli baju sepasang pun susah nak dapat sekarang. belum lagi, kasut, beg, buku novel. semua kena simpan keinginan sampai hari kahwin nanti. 

aku sedang biasakan diri. sebab tu setiap sabtu aku ada di pejabat. adey-chiau.

p.s : kelewatan Encik L berlaku kerana jalan sesak di Sungai Besi. Terowong SMART tutup. kan hujan lebat, terowong banjir telah dibuka rasanya. 

16 ulasan:

  1. Lewat yang perlu dimaafkan, jgn marah-marah tau.. Bagus jimat demi utk kebahgiaan masa depan ini yg kakak suka, mengerti erti hidup berkongsi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah. rela hidup susah. janji bahagia dan menyenangkan orang lain :)

      Padam
  2. saya kalau ujung bulan..suke duduk umah..kalau kuar sure ade jer bende nak beli..hhaha~

    BalasPadam
  3. err..shopping ? saya tak suka shopping ..
    hehe..saya suka shopping online..hahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shopping online boleh percaya ke semua??

      Padam
  4. encik L/ im L too. haha

    BalasPadam
  5. hujan rahmat.. :-) shoping untuk raya haji pula yea..

    BalasPadam
  6. eh,okla tu ..prubhn baik sgt..berjimat namanya..hihi.

    BalasPadam
  7. hahaha...bila dah berkeluarga nih lagi malas shooping utk barang sndr...asyik2 anak aje...ekekeke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rupe2nye bertuah jadi anak kan akak sakan?

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.