Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 19 Oktober 2012

stuck

hello semua, salam jumaat...

aku penat la 2 3 hari ni. bercinta penat. bekerja penat. bekerja. rasa macam nak cuti tapi keinginan hati ni tak dipenuhi. kalau dengan Encik L balik-balik Kolam Air Panas Selayang. lepak je dalam kereta tengok orang mandi dan borak-borak. yelah, nak pegi pasar raya buat ape? takkan nak duduk tempat yang sunyi pulak 2 orang kan? kolam air panas je la tempat dating, terang pun terang. berbincang hal masa depan. 

penat dok? kerja banyak tapi momentum macam biasa je. aku tau Ncik Bos Botak dah nak mengamuk dengan aku pasal kerja aku lately lebih dateline. i am in a death line, some say?

presentation Ncik Bos Botak, aku tak berjaya baca kata hati beliau kali ni. selalu aku paling hebat bab-bab membaca kata hati Ncik Bos Botak. berkali-kali jugak la dapat pujian. untuk projek ni, aku sebagai kepala pun masih mencari-cari arah sudut yang betul untuk tembak. 

Arkitek Speacky, sangat membantu tu? tapi aku masih dalam awangan ilusi aku tau. aku ada tiga bos untuk disenangkan hati dalam projek ni. Ncik Bos Botak sebagai jurutera, Arkitek Speacky sebagai jurutera, Ncik Gebang Bisnes yang sibuk sangat nak bukak kilang. semua tertumpu kat aku. petanda bagus ke tu?

aku rasa pengurusan aku salah. aku main redah. itu tidak bagus kerana akhirnya kita akan tersepit dan tersangkut. adey-chiau. 

p.s : aku telah cinta kamu untuk 1000 tahun dan aku cinta kamu untuk 1000 lagi.... [Christina Peri]


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.