Pengikut (Blogspot)

Selasa, 30 Oktober 2012

realiti itu memang pahit

hello semua, selamat petang...

aku patut rehat dan mandi atas rumah. Cik Hawa pun dah naik atas rumah. walaupun aku bersedih dengan apa yang aku lalui, tapi aku macam dah takda jiwa. aku nak jadi orang yang paling pentingkan diri dalam dunia. 

tiada sebarang perbincangan yang akan berhasil sekiranya kau mengeluh. tiada sebarang permintaan yang akan dilakukan sekiranya kau sering menyatakan kau susah. betul?

niat aku bukan memburukkan mana-mana pihak. aku bukan menyatakan keluarga Encik L baik dengan aku. jauh sekali nak baik dengan aku. aku pun dapat agak liku hidup aku lepas kahwin macam mana. bukannya mereka layan aku macam puteri. 

tapi dari segi kerjasama antara adik-beradik. sebab mereka dilatih kerja sendiri, mungkin budaya tu berbeza. tu patut dicontohi. berat sama dipikul, ringan sama-sama jinjing. kalau seorang saja yang bekerja, pahamlah beban dalam kepala macam mana.

aku tak menangkan sesiapa dalam hal ni. aku tahu aku bercinta dan berkasih sayang dengan manusia yang paling tak sempurna dalam dunia. pernah melalui sejarah hitam. pernah seminggu koma akibat kes pukul. seorang yang tiada sebarang sijil dalam simpanan. seorang yang KWSP ada terbiar. seorang yang aku jamin di saat ini hanya ada RM20 dalam akaun. aku tahu semua tu. aku tahu, aku kenal. aku tahu aku bodoh dalam hal ni. 

aku tahu. aku manusia paling bodoh. sebab aku pilih Encik L sebagai teman hidup aku. yang aku pertahankan. yang aku cuba didik diri aku dan diri beliau untuk bersama-sama harungi kehidupan dan kesusahan. aku tak libatkan orang lain dalam hal ni. 

aku tahu. orang anggap aku cakap besar. okey aku belum kenal selok belok rumah tangga. okey. aku paham. aku dah rasa terduduk dah sekarang ni. tak payah tunggu nanti dah kahwin baru nak rasa susah senang. hanya doa je, hidup kami dipermudahkan. 

pernah tak, zaman korang berkasih sayang, korang maki pasangan korang? seorang perempuan pasti akan merajuk, lepas tu pujuk. basic sebab tak beli hadiah hari jadi kan? 

tapi aku bergaduh bukan sebab basic tu, aku tak pernah rasa kasih sayang macam tu dengan Encik L lah. aku pun tak terfikir nak maki beliau sebab benda basic macam tu.

yang aku maki selalu hal kerja, hal duit. kami pernah bongkar resit dan statement bank demi kepercayaan. tapi telah putus selama seminggu dan akhirnya kami fikirkan bahawa, kesian Rumah Kasih Sayang.

kami ketepikan rasa hati kami. percintaan kami sebab nak bagi rumah tu siap. kami ketepikan kehendak perkahwinan kami. kami beli cincin yang harga tak sampai ribu pun berhutang. semua sebab nak siapkan rumah tu. ape yang kami dapat? 

Ncik Ayah cakap, Encik L dah ambil duit tapi tak buat kerja. bila? 

dan jika ada sesiapa yang menganggap aku sedang memburukkan keluarga di sini, aku minta maaf banyak-banyak. memang catatan ini bukan lagi jadi simpanan peribadi. aku tak ingin simpan. aku nak generasi akan datang belajar dari kesilapan aku.

ini bukan kesilapan Puan Mak atau Ncik Ayah. ini kesilapan aku orang muda. cuma, aku tak mampu nak patah balik seperti aku dulu. aku yang dulu adalah pemusnah kerjaya dan hubungan keluarga aku yang kini. aku sementara ini, takkan toleh kebelakang lagi. adey-chiau.

p.s : aku tak sempurna. jika pengorbanan tahap ini membuatkan cinta ini terhalang, sesungguhnya aku memilih untuk pergi saja.


11 ulasan:

  1. Banyak kan sabar..
    Jodoh tu ketentuan Allah..

    BalasPadam
  2. realiti memang pahit.itulah dugaan hidup

    BalasPadam
  3. u try hard..very hard. letih. kan..? but give up is not the solution. apa2 pun jodoh pertemuan kuasa Allah. sabar, tawakal.

    BalasPadam
  4. emmm...sy sedikit memahami situasi awk ni...sebelum usaha, mnta la kepadanya...supaya rezeki sentiasa murah..

    lg 1,,selalu la rujuk kepada ibu bapa sendiri untuk berkat seumur hidup k...walaupun susah nk cari kata putus dgn mereka,,sllu la bwk berbincang k...mereka adalah segalanya,,,jodoh kita pula, hanya Allah saja yg tahu..

    BalasPadam
  5. *sori...lupa nak buat huruf besar "kepadaNya"..huhu..

    BalasPadam
  6. Kalau bab menentukan masa depan sebaiknya kena bertegas dik. Usah kata sabar/tak mahu kecoh. Biar sarat/berat sekarang asal jgn penghujungnya kocar-kacir. Cari keputusan jitu walau menagih airmata sekalipun.

    Buat yg terbaik dik..

    BalasPadam
  7. sedih plak bc entry ni..sbr ea sis..moga sis kuat hadapi..

    BalasPadam
  8. aduhai beratnya awak tanggung..bertabah ye..doa banyak2 ye..moga d kuatkan semangat...langkah qberhati2 demi masa depan yang gemilang...insyaallah mintak petunjuk dariNYA ye...

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.