Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 6 Oktober 2012

perisian chet

hello semua, selamat petang....

maseh di pejabat. macam mana? geli kan baca? orang yang hanya ada seringgit dalam kocek bekerja bersungguh-sungguh. muazin sedang melaungkan, laungan untuk menyeru kita berjaya di dunia dan akhirat. manusia lain telah meninggalkan pejabat selain aku dan Adik Natrah. sebab aku kerah beliau buat method of statement. sebab tu, masih gigih. gigih ke?

aku kena kerja kuat. supaya aku boleh bergaji lebat tahun depan. adakah itu hanya angan-angan? tapi cuba saje lah. kalau aku tak kerja hari Sabtu maka kebosanan lah aku. Encik L pulak mana boleh kacau time keja. ape ko aspect, orang akan balas msg kalau ikat batu?

bercerita pasal perisian. perisian kejuruteraan yang membantu kamu mengira. perisian yang lebih bijak dari Mastura. sebab Mastura sampai la ni pun tak faham apa beza braced dengan unbraced untuk framing the structure. tapi Esteem dengan pintarnya memberi jawapan seminit lepas butang analisis ditekan. hebat kan? walaupun Esteem ni bertahap cap ayam ketika ini kerana sudah keluar versi buat bangunan lengkok sekarang tapi ini jugalah yang membantu segalanya. 

bercerita lagi pasal perisian. tapi kalau setakat nak tarik rasuk jarak 1500 nak cantilever tak dop masalah. mamat Indon kat site anytime. tapi kenapa kau tak boleh ha perisian? kenape, kenape???? ke aku yang tak reti... 

sebut pasal tak reti buat. ini adalah alasan logik. masa belajar design kt uni, tak blaja pun perisian ni. dengar-dengar nama je. lagipun, belajar design bukannya skor, makin menjurus kepada kegagalan adalah.

tapi bila kerja, kena galas tanggungjawab ni guna perisian. saya suka sebab saya tak pandai... kan... tapi tu lah, tutorial sorang-sorang. buat sorang-sorang. kamu budget kamu Einstein? tarikh hari jadi aku kan sehari lepas beliau. mungkin aku terkena tempiasnya. wahahahaha~!

aku jadi bodoh la. nak design astaka je pun. kawan-kawan lain design rail ketapi senyap je. apehal aku kecoh sangat-sangat?

sebab aku tak reti. no one to refer dan akhirnya tertekan.

p.s : ini adalah entri merungut. bai!!

6 ulasan:

  1. macam org buat gaji jugak. nampak mudah tapi bila guna perisian rasa macam nak pengsan. salah tekan berderailah segala:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. itulah cabaran hidupnye. menangis...

      Padam
  2. ada kawan aku dulu ngajar aku pasal komputer ni

    'kalau tak faham dan tak boleh nak teruskan, tekan ctr+A dan pastu tekan Del'
    haha
    tak guna punya kawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. DELETE adalah solution yang bagus, tapi ape yang paling bagus adalah membuang jauh computer itu... kiki

      Padam
  3. susah lah belajar bende2 canggih manggih nih..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kite perlu kembali ke zaman hang tuah la kawan :)

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.