Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 6 Oktober 2012

perisian chet 2

hello semua, selamat tengah maghrib...

maseh di pejabat. yeeeeeha! aku dah berjaya menyelesaikan masalah. Conan pulak terasa diri. akhirnya, aku berjaya menjumpai bahawa setelah sekian lama menggodek, dan rupanya ada satu item yang sudah ditanda dalam kriteria rekabentuk harus dipangkahkan. maknanye, aku sendiri pun tak pasti dan main hentam dengan rekabentuk tadi. kan aku dah bilang, subjek paling lemah di sekolah. maafkan aku lah. hihi.

sepatutnya aku balik Bangi, makan satey dengan Puan Nenek. tapi jodoh takde pulak. aku nak siapkan astaka bangang ni. untuk kegunaan budak-budak sekolah. harap rekabentuk diterima. budak-budak dapat bersorak gembira kat sekolah tu nanti kan. tak baik pulak menamakan ia sebagai astaka bangang. batu konkrit memang la tak benyawa dan tidak mempunyai sifat perasaan. mungkin aku yang bangang hari ni. sekian. 

aku bosan. serius. sangat bosan dengan hidup membuat paperwork. aku rasa, kalau aku berhijrah tempat lain, adakah keadaan akan lebih baik dari ni? 

rehat jap. azan sekali lagi dilaungkan oleh muazin. maghrib-maghrib tak elok buat kerja. nanti komputer shut down sendiri. teng teng teng. adey-chiau.

p.s : kewujudan entiti di mana-mana termasuk di sini. 




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.