Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Jumaat, Oktober 12

papar skrin utama

hello semua, selamat petang...

rasa bosan menyelubungi diri. rasa mood nak merekabentuk adalah ke laut. pejabat sunyi sepi. budak-budak tapak, berjalan ke tapak. Adik Atikah pergi solat Zuhur. Ncik Meor Satey, menunaikan kewajipan Jumaat. aku mintak Adik Atikah belikan makan tengah hari, dengan harapan aku akan bermula merekabentuk Rumah Mesra Rakyat secara terperinci. 

tapi malangnya, satu benda pun tak mula. ini adalah satu cabang pengalaman. Ncik Supermokh memberi penerangan dan penjelasan. Ncik Bos Botak telah ke Jabatan Kastam Malaysia. semua yuran perunding akan dicukaikan di jabatan itu. 

kadang-kadang untung perundingan dapat sikit je pun. bayar pulak melampau-lampau. wakil hati aku memberontak dengan keadaan. walau hujung pangkal cerita aku tak temui. 

aku mulakan langkah awalan dengan mengemas papar skrin utama pada komputer tempat aku bekerja. ade gambar 3 ekor kucing yang dah tak nampak bayang kucing dah sebab dokumen semua aku letak pada papar utama. aku pindahkan beberapa dokumen yang projek telah selesai dalam folder nama aku, mastura. kalau ada budak praktikal, aku akan tukar folder tu kepada nama 'Si Cantik Mastura' dengan harapan bila diorang tanya nak bukak folder mane. aku akan sebut nama folder tu. kihkihkih. padan muka kena sakat. 

pernah jugak aku fikir, aku kan buat kebanyakan dokumentasi milik Teamcoat. kalau aku berhenti kerja nanti aku nak buang semua dokumen, biar mereka tak tentu arah. tapi secara rasional, perlu ke? 

sebab apanya, tak baik tau. buat macam tu kat orang. biar orang je yang jahat. kite ni baik-baik belaka. bukannya hadap sangat paperwork aku akan membangunkan Teamcoat. ade ke? kikikih...

Encik L memberi kata perangsang. jangan tanya company, apa dia bagi kat kita tapi ape jasa sumbang yang kita pernah buat untuk company tu. memang satu kata-kata motivasi yang amat diperlukan kat sini. kalau asyik merungut, satu hapah pun tak selesai kan?

okey. ni pun seisi merungut gak ni. Adik Atikah dah sampai. mahu lunch dulu eh. assalammualaikum. 

Gambar Hiasan depan Skrin Utama
p.s : kucing hujung dari kiri adalah si nakal, yang tengah adalah si ketua, yang kanan adalah si baik dan si kena buli. imaginasi aku je. kihkih




8 ulasan:

  1. kat mana2 mesti ada pembuli.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? biase la tu... kalo tak, mane datang meriah...

      Padam
  2. tanggungjawab kompeni kasi gaji.tanggungjawab kita siapkan kerja.yang bersesuaian dengan jawatan a.ka skop kerja.

    that all.

    kerja pun jihad kan? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emm betul tu... Kdg2 merungut pun tk guna gak

      Padam
  3. kreatif imaginasi tu..hehe.

    setuju dengan kata-kata motivasi tu. dalam sesetengah keadaan, perlu jugak kita fikir, sejauhmana sumbangan kita pulak untuk company...:D

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.