Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 5 Oktober 2012

mungkin WANITA sahaja yang sesuai baca

hello semua, selamat malam....

mungkin kerana sering tidur jam 2 pagi membuat aku menjadi bugar kini. penyakit senggugut makin meninggalkan ruang peranakan milik aku, kekurangan rasa belakang mencucuk-cucuk ibarat ucapan selamat tinggal dan jumpa lagi bulan depan. 

aku benci dengan sakit perempuan. minta maaf kepada semua pembaca blog. aku makin tegar menari-nari jari bercerita hal peribadi. mungkin aku serius atau melampaui batas. aku cuma harap pembaca memandang aku sebagai kalian, sekurang-kurangnya lebih teruk kerana menjalani kehidupan tidak berapa biasa dan hanya memikirkan kepentingan sendiri. 

masa zaman lewat sekolah rendah, aku telah didatangi sakit perempuan. masa tu, aku sangat benci jadi perempuan. rakan sebaya aku masih kanak-kanak riang. masa sekolah agama, waktu pertama merupakan mengaji Al-Quran. ape yang malang, ustazah selalu suruh aku baca. Puan Mak pesan, dosa tau baca Al-Quran masa tengah sakit perempuan. 

sebagai langkah berjaga-jaga, aku beritahu ustazah masa tu. bolehlah tahan sehari dua tak panggil aku. then, panggil balik masa hari ketiga. masih jawapan yang sama. ustazah mula rasa tak percaya. terfikir jugak aku bila dah tua-tua ni, adakah ustazah hanya sakit perempuan tiga hari? bukan secara normalnya seminggu ke?

aku jadi malu gile. kawan-kawan lelaki dah mula menganjing sakan. al-maklum, semua orang kanak-kanak yang masih tak faham erti. tapi siapa perlu main peranan sebenarnya? persoalan...

lagi mendukacita, pada waktu tu aku punya sakit perempuan mencecah tahap maksimum dua minggu. jadi, tak boleh nak cakap ape lah. aku tak boleh nak baca Al-Quran 2 minggu. setiap hari boleh dipandang sinis oleh rakan-rakan sebab setiap hari ustazah tanya depan semua orang aku dah boleh mengaji ke belum. 

masa tu, Puan Mak dan Puan Nenek anggap aku sakit perempuan secara abnormal. jadi aku bertambah malu. aku kanak-kanak, yang masih riang gembira. yang masih tak faham maksud itu ini dikatakan tidak normal dari segi tu. serabut jugak nak faham kan. 

kerana kita, orang Melayu. perempuan Melayu yang diajar bahawa sakit perempuan datang sebulan sekali. perempuan Melayu yang pada masa tu, bukan arif sangat dengan kitaran ovum bla bla. aku tidak arif sains nak terangkannya. jadi, jika waktu kita ditetapkan tuhan untuk kitaran sebanyak 21 hari adalah dikira tidak normal. dan itu adalah apa yang aku alami. ulang suara. sekolah rendah. 

Puan Mak membelikan aku jamu Mustika Ratu Remaja Puteri. bayangkan, umur 11 tahun dah merasa makan jamu tu. sepatutnya mengikut sains adalah tidak perlu. entah. apalah cara lain yang boleh buat. Puan Mak dah mencuba yang terbaik. waktu tu. entah zaman aku membesar anak, ape pulak dugaannya kan??



M-Cycle for I-phone and Android

itu cerita dulu. sekarang kan dah canggih. ada perisian boleh kira untuk kita. cuba lah muat turun software yang namanye My Cycle (MC) ni dalam telefon pintar. berbaloi-baloi. takde rasa gusar lagi. boleh perisian kira untuk kamu. siap boleh masukkan jenis pendarahan, mood time tu dan bagai-bagai yang berkaitan.

aku nak cerita pasal perisian ni bagus. tapi disebabkan hormon wanita, lalu tercerita pulak pengalaman masa kecil-kecilan dulu. bulan ni, aku sangat hati kuntum. adey-chiau. 

p.s : terima kasih, kerana membiarkan dan melayani aku seperti tuan puteri. sayang kamu. 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.