Pengikut (Blogspot)

Khamis, 25 Oktober 2012

muhasabah sementara waktu menunggu

Hello semua, selamat pagi...

Cuti setengah hari. Sekarang ada kat klinik yang dikelilingi oleh warga vateran. Hari ni Puan Nenek ajak aku teman beliau pegi pemeriksaan kencing manis darah tinggi. Untuk beliau la. Aku alhamdulillah. Sehat lagi.

Angka giliran Puan Nenek 96. Angka pada skrin 75. Ini baru kaunter daftar. Belum lepas dengan kaunter saringan sampai 2. Baru jumpa doktor. Yela kan. Kalo tak macam ni tak tersusun pulak nanti.

Puan Nenek bergosip dengan orang kampung aku kat kerusi depan. Nak borak ngan aku, aku tak layan. Tadi ajak aku mengumpat makcik rumah bawah. Aku cakap kat Puan Nenek, rumah die hal die la. Ganggu hak kite baru bising. Terus mati cerita org tua tu.

Mungkin suasana kerja aku yang tertekan, membiasakan aku tidak bercerita berkenaan orang lain. Dalam kepala aku hanya ada pemikiran kerja setiap hari.

2 hari lepas, yang aku bergaduh teruk dengan Encik L tu. Beliau ada pujuk. Dah mula bercerita pasal aku kalo dah kawen macam mane nak arrange kerja.

Betul. Satu kelemahan ialah aku tak reti nak urus diri sendiri. Terkapai-kapai sekarang ni. Ncik Arkitek Speacky tak bagi drawing aku buat sendiri. Padahal aku bukan pro.

Sedih. Ncik Bos Botak marah aku sebab aku tak reti nak susun. Aku paham. Manusia kadang-kadang tepu. Tu yang beliau slow down ngan aku tu.

Esok kan Hari Raya Aidiladha. Tapi aku rasa aku taknak raya. Banyak benda aku tak siap. Aku nnk siapkan. Walaupun sorang-sorang takpe la.

Ni je la rasa hati aku. Serabut dah okey sikit. Cuma aku macam hilang arah sekejap. Buat perlahan-perlahan. Segalanya akan okey. Adey-chiau.

p.s : aku masih berfikir untuk tukar kerja. cuma kurang yakin dengan kemampuan diri

Published with Blogger-droid v2.0.8

6 ulasan:

  1. tukar keje ni macam kau nak tukar kekasih kau. selagi belum confirm dengan keje baru, jangan tukar. lagi satu kena tukar tabiat dulu.

    BalasPadam
  2. wah puan nenek bergosip...ekekek...nak gosip apalah tu puan nenek tu...

    BalasPadam
  3. kadang-kadang bertukar kerja bukan jalan penyelesaian.
    cuba2 la berbincang..pasti ada ruang utk menyelesaikan yang kusut..kann..

    BalasPadam
  4. wat rilek-rilek.setel satu-satu.start dengan makan lemang dulu :)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.