Pengikut (Blogspot)

Isnin, 1 Oktober 2012

monday blues : ubat yang tersalah

hello semua, selamat pagi isnin...

okey aku rasa aku nak keluar dua entri hari ni. tapi tengok pada prestasi la ye tak? hari ni blues lah. elok cerita benda yang buat aku sedih dulu kot...

aku paling rasa bersalah dengan Puan Nenek. kan semalam, beliau muntah-muntah. pitam masa beli lauk kat lori lauk tu. kena hantar balik dengan saudara aku yang jauh jaraknya dari rumah nenek. 

tu agak bergegas balik kampung. Ncik Atok memang on the way pegi hospital dengan Ncik Alang. ada problem dengan dada pulak. disahkan asma, terus warded. 

Puan Nenek, kami pujuk. untuk duduk di rumah anak-anak. Puan Nenek ada empat orang anak. Mak, Arwah Angah, Alang dan Busu. yang berkahwin cuma Mak dan Busu. dan dua-dua dijodohkan dapat kerja di Bandar Baru Bangi. Alang duduk dengan Nenek. 

bukan duduk lama. duduk masa beliau tengah pening-pening. walaupun aku kerja di Selayang yang hanya 5 minit menaiki kereta ke rumah Puan Nenek. tapi sebagai apa yang aku kerja sekarang membuatkan aku tak mampu nak terkejar-kejar. 

atau jika sesuatu terjadi waktu Puan Nenek keseorangan kat rumah. bila pulak boleh perasan kalo dah pengsan kan?

sungguh risau. sungguh rasa tak sedap hati. lalu telah melukai hatinya dengan kata-kata jahat seperti 'Kalau jadi apa-apa Nenek tergolek, macam Mastura boleh balik dan dan ni jugak? tak boleh kan?' 

terus orang tua tu siap-siap nak ikut Puan Mak. sedih aku marah orang tu. bukan niat aku pun. cuma aku je tak mampu nak harungi sorang-sorang. aku taknak dipersalahkan atas ape yang tak tahu akan terjadi. 

hari ni, aku tanya khabar. dan punca sakit Puan Nenek adalah salahnya aku juga. tiga minggu lepas, Puan Nenek keliru dengan ubat-ubat yang ada. aku datang, ade ubat yang aku dah asing ikut nama (secara kimia) untuk Puan Nenek makan. 

rupa-rupanya, aku engineer. yang hanya tahu membezakan komposisi kimia dalam konkrit. aku bukan ahli farmasi atau doktor yang pakar dalam ubat. keputusan aku silap!

dalam nama yang lain-lain, there's a same function of medicine. jadi Puan Nenek yang sepatutnya makan 2 mg ubat telah makan 5 mg ubat darah tinggi satu hari. tu effect die pitam.

tapi dalam hal ni, aku salahkan tukang bagi ubat klinik. jangan awak ingat kami doktor macam awak. lain kali tulis dalam bahasa Melayu atau bahasa mudah atau bahasa budak-budak untuk kami yang bengap perubatan ni nak tahu ubat jenis apa. 

Puan Nenek, umur 64 tahun yang menghadiri kelas membaca pada umur 36 tahun semasa menyusukan anak. adakah Puan Nenek dapat membaca sepenuhnya?

ape-ape hal pun, aku paling salah dalam hal ni. nak pegi mintak maaf dengan Puan Nenek la. adey-chiau.

p.s : aku cuma nak jadi yang terbaik!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.