Pengikut (Blogspot)

Selasa, 9 Oktober 2012

mesyuarat teknikal

Hellooooo semua, selamat petang...

Dalam perjalanan ke JKR Salahudin untuk mesyuarat teknikal untuk projek Miri. Lame siot tak ambik tahu hal Miri. Tiba-tiba kena pergi mesyuarat dan menjadi pisang.

Kadang-kadang aku tak paham kenapa kita perlu hidup dengan organisasi yang asyik ingin berbincang dan mesyuwarah. Kadang-kadang kesian dengan ahli gomen yang pagi petang ada meeting. Takda hidup kot. Produktif ke bila asyik mesyuarat je?

Yang aku tahu kalau kat tapak, elok mesyuarat tiap hari kalau nak progress terkawal. Kalau setakat buat Surau macam Encik L, marah kot pekerja kalau tiap hari bincang kan? Ikut kesesuaian...

Hari ni hari mengantok yang tak disorongkan bantal. Hihi. Datang awal untuk mesyuarat memang bagus untuk persediaan kena hentam. Seram. Baru aku hargai kehadiran Ncik Bos Botak dalam mesyuarat.

Eh, kenapa aku perlu nyatakan pasal datang awal? Sebab kami ni ahli lambat. Sesekali datang awal, batak tak sudah. Hahaha

Ok. Mesyuarat dah nak mula. Ncik Bos Botak munculkan diri. Selamat aku. Adey-chiau.

p.s : bosan tengok gaya Ncik Pistol ni. mcm hebat sangat??

Published with Blogger-droid v2.0.8

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.