Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Sabtu, Oktober 13

meeting sabtu 4

Helooo semua, selamat pagi...

Aku baru lepas makan nasi lemak lauk ayam sambal. Lapar sudah berlalu.

Aku keluar awal dari bilik. Aku kena jadi penemuduga seorang site supervisor. Aku temuduga orang. Bunyi macam macho je kan.

Yelah. Syarikat kecik. Haruslah aku temuduga kalau Ncik Bos Botak atau Ncik Supermokh tiada.

Aku pernah temuduga 3 orang kat Teamcoat. Yang diambil kerja Ncik Fatgrow. Ada kat Miri nun. Klaka amat sbb aku temuduga senior aku kat UTM.

Ada seorang tu perempuan. Tu pun mati-mati taknak buat Autocad. Aku nak suruh lukis petak-petak je pun. Budak tu mungkin underestimate aku. Maklum ler sebaya. Budget aku macam dia la tu baru habis blaja. Pendapat peribadi, seseorang yang tknk mencuba dalam temuduga tu pengecut. Aku tknk ambil kerja sebab banyak lagi cabaran waktu zaman pekerjaan. Macam mana aku nak jadikan dia salah satu ahli pasukan aku.

Ada jugak aku interview seorang lelaki. Aku suruh buat Esteem. Semangat habis walau salah. Aku suka macam tu. Baru boleh jadikan pasukan kalau ada masalah. Malangnya dia dapat kerja lagi bagus dari Teamcoat. Bukan rezeki la namanya kan.

Yang hari ni bukan aku yang temuduga. Ni pun dah ada nak kerja tempat lain.

Bagi aku yang baru dalam industri ni, aku mencari orang yang boleh melengkapkan pasukan aku, boleh dijadikan geng daripada menjadi seorang yang hebat tapi tak boleh nak join the group pun susah jugak kan.

Cerita kutuk hal org. Aku temuduga hari tu pun sampah jugak. Terima kasih kat Ncik Bos Botak, dalam keadaan paling sampah beliau terima aku kerja kat sini. Siap sampai bercinta lagi. Kikiki

Sampai sini membebel tak pasal. Hujan di luar mengiringi mesyuarat hari ni. Adey-chiau

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.