Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 5 Oktober 2012

masakan boleh siap....

hellooo semua, selamat petang jumaat...

sementara berehat dan mencari mood untuk melangsaikan hutang-piutang menyiapkan rekabentuk struktur astaka. aku nak menulis sikit. aku sangat sayang sama blog aku skang. hehe

masakan boleh siap. ini takde kena mengena dengan isu dapur, bawang, cili atau beras atau barangan lain untuk alas perut. otak aku yang mempunyai batu besar sudah keluar. hihihi.

secara awalan dan secara am sangat. aku telah submit cadangan penilaian bangunan kepada bangunan yang macam bawah ni. ni sebenarnya cita-cita Ncik Bos Botak. aku menjadi perintis memulakan kertas cadangannya.

Penilaian Bangunan Kompleks Sentral, Segambut, Kuala Lumpur
aku tak tahu apa jadi. debar pun debar jugak. takut kertas cadangan kena baling. isi ibarat sampah. lagi pun aku dah 2 kali tunda nak hantar. berserah pada takdir je la. 

belum bermula apa-apa. belum ada kata putus apa-apa dari klien. hanya mampu berserah je sekarang ni. 

berdasarkan tajuk, masakan boleh siap kalau takde Adik Atikah yang sungguh-sungguh menaip summary berkenaan crack. terima kasih banyak eh. 

ok, salam jumaat. selamat bercuti esok. adey-chiau. 

p.s : batu sudah keluar, yeay~!


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.