Pengikut (Blogspot)

Rabu, 3 Oktober 2012

langkah awalan

hwello semua, selamat tengah hari... 

entri di siang hari dalam keadaan longlai. aku selsema dan demam. bak kata Encik L, suara orang nak mati. Surau di Kajang tengah konkrit raft foundation hari ni. so, aku memang tak boleh nak kacau. kalo hp Encik L masuk dalam konkrit terkubur dalam slab, itu adalah sia-sia. 

korang nak tau, betape teruknya aku sebagai kekasih merangkap nak berkahwin dengan Encik L. untuk tahun kedua pengenalan, aku dah lupa hari jadi beliau. kehkeh. ampun sangat-sangat. 

bukan ke kalau bercinta, kena wish tepat-tepat jam 12 malam. yang jadi orang pertama wish? tapi aku tak pun. dahsyat tak? aku balik OT jam 2 pagi terus tido. 

aku ingat pun jam 1200 pm, tu pun waktu nak tulis tarikh dalam surat nak submit ke KPM. lepas tu kebetulan aku pick up beliau kat stesen Putra, adalah kami beromantik makan jambu batu bersama asam tahi hidung dalam kereta. moreover, bincang pasal kerja, payment dan bla bla bla.

kewangan yang sengkek beno. kire nak ada seringgit untuk diri sendiri pun susah telah memaksa aku untuk tidak membeli apa-apa hadiah, atau membelanje ape-ape makan kepada beliau. macam tahun lepas, aku semangat beli baju mahal-mahal untuk beliau, tahun ni tak lagi... sedih tak?

tapi yang best campur sedih. sempena hari jadi kali ni, beliau dah mendepositkan duit untuk membeli cincin tanda di Wah Can. serius sangat kitorang takde duit. but in the first hand, we need a move. tu pasal kitorang main tibai je beli cincin. keh keh keh. cincin hutang sementara pun bahagia juge...

bahagia gaduh bahagia. bile akan berakhir??

p.s : lelaki kalau dah rasa ada tanggungjawab kat seseorang perempuan tu, ade je complaint kereta tak kemas la, tudung makcik-makcik la, uruskan makan tak betul la, keje main-main la. masa baru kenal takde pulak macam tu. ish!

15 ulasan:

  1. biasala.
    tu la tanda encik laki sayang cik pempuan. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. kadang-kadang rasa terkongkong...

      Padam
  2. haha maybela kot..bile da rase itu nk dia jadikan isteri

    tu die jage sngt tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. emmm tu yang tak pernah rasa, sekali rimas habis...

      Padam
  3. aahh.. tang bab p/s kau tuh aku rasa sangat setuju kerana telah terkena juga di batang hidung sdirik. dah nak kawen baru bising pasal benda2 tu macam dari dulu tak boleh nk tegur. ingt macam tak kesah je sblm ni kan?

    dah kawen pastu lagilah banyak pesanan penaja. makan ikut waktu, rasa nak sakit terus mkn ubat, jgn tggu dah sakit baru carik penedol. tudung tu pakai kemas2, takdelah rimas nk tengok silang sana silang sini. sesekali lps abes keje bawak2 la trs balik rmh tak payah nak bejalan sgt. haha!

    ok, aku plak yg membebel!

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuhu. parah mendengar pengalaman hani...

      seram-seram...

      Padam
  4. Salam Rapunzel Cikilolo...

    Biasalah masa mula-mula hangat masa bercintan-cintun kan...Anyway Azera singgah & follow sini ye...

    Dijemput untuk join GA dari Azera....

    [GIVEAWAY] Kelasss Kau! Apa Rahsianya?

    BalasPadam
  5. Kalau dh suka tu, tak kesah careless mcm mana pun syg juga ;P
    Semoga kekal jodoh smpai ke jinjang perkahwinan dan smpai akhirat ^_^

    BalasPadam
  6. Encik L jadi more caring sebab perempuan ini telah diharap menjadi suri hatinya. Kalau tak buat apa dia nak kisah.. SO you have to concern as well. Tapi bab birthday pun kakak jenis tak ambil pusing sangat dari dulu sampai kini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok jugak kan tak sambut beday... jimat :)

      Padam
  7. bila dah siyes macam banyak songeh pulak kan . hehe

    BalasPadam
  8. apasal aku rasa macam tak sabar nak tengok pelamin je ni
    pelik juga
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lambat lg... Cuma rancang yang lain berserah pada Allah

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.