Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 6 Oktober 2012

kepala weng weng

Hello semua,

Malam ni malam sedih. Aku menyesali. Aku hanya ada buaian yang menemani serta nyamuk-nyamuk mencuba nasib di kaki.

Hayunan buaian semakin laju. Laju ingin menggapai langit kosong. Awan tiada, bintang jua.

Hayunan buaian makin deras. Hampir mencapai dahan pokok. Aku sendiri kuathir. Keupayaan besi menanggung beban dinamik yang terhasil dari si gajah seperti aku.

Ku jadikan kaki sebagai alat brek dengan laju-laju. Kemudiannya buaian berhenti mendadak. Kemudian lagi kepala pusing.

Aku melangkah longlai kembali ke rumah. Singgah di perbaringan Cikilalang. Bertemankan dengkurannya aku menaip. Penuh kepeningan dan kesengsaraan hati. Adey-chiau.

p.s : aku terlampau stress dengan keadaan.

Published with Blogger-droid v2.0.8

4 ulasan:

  1. Jangan stress wahai sayang. Ada apa boleh Kak Sha ini bantu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde ape la Kak Sha. mungkin diri sendiri je boleh selesaikan keadaan ni :(

      Padam
  2. aisemen
    kenapa ni?
    sabar ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hajat hati tak kesampaian. Mcm ni la...

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.