Pengikut (Blogspot)

Rabu, 24 Oktober 2012

kecamuk hati jangan ditambah

hello semua, selamat pagi...

mengantok walaupun bangun awal. tibe-tibe aku ada konflik identiti. hahaha. nak sebut pasal identiti pun hati rasa lawak. 

hari ni makan bihun goreng masakan Cik Hawa lagi. Cik Shida selalu menganjing, siapa kahwin dengan Cik Hawa pasti sarapan pagi bihun. 

kebelakangan ni. perasaan aku sangat tak stabil. aku paling benci Encik L di saat ini. di saat aku paling lemah boleh pulak bagi kengkonon kutukan membina. aku taknak semua tu. aku hanya perlu bahu untuk memberi setengah beban otak.

paling aku menyampah. kalau nak betulkan aku dari segi pakaian. cakap aku pergi kerja macam nak pegi pasar dah cukup pedih dah. 

serius pedih. serius rasa diri tak guna dan serius nak berhenti kerja. dahla semalam aku ada rasa meroyan nak berhenti. tambah lagi cakap-cakap macam tu, lagi lah.

ape yang beliau tahu? aku tak berbelanja demi pakaian adalah untuk siapa? untuk beliau jugak aku boleh agak akan ada masalah duit kena potong bila buat kerja dengan Ncik Bos Botak. aku guna duit untuk Rumah Kasih Sayang.

ape yang aku tak buat? aku tak ganti beg, kasut dan even wallet yang koyak. aku banyak benda nak fikir. dari diri aku. bukan macam beliau, cakap takde duit berjela-jela tapi duit untuk rokok berkotak-kotak ade pulak? 

aku tak beli apa-apa untuk diri sendiri. tapi beliau masih ada rokok yang guna untuk diri sendiri setiap hari. perasan tak benda tu.

adakah lelaki perasan yang perempuan itu adalah selebet kerana beliau? perasan tak? nak shopping halang. nak beli tu halang, ini halang. tapi nak yang sempurna. mana dapat der?

marah kot tak habis ni. adey-chiau. 

p.s : sampai bila nak kecamuk macam ni. aku sendiri tak selesa. 


21 ulasan:

  1. Patutnya dah kawen dan ada anak baru rasa macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. bukan masalah tu. dok complaint pegi keje mcm pegi pasar. pedih!

      Padam
  2. Wah... Memang tengah berserabut dan emosi ni... Jangan diganggu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm. jangan nak buat org marah la senang...

      Padam
  3. wah hebatnya serabut kamu...heheheehhe

    BalasPadam
  4. Itu tanda dia prihatin dik oiii... Bukan suruh pakai yg baru beli baru nampak cantik. Tidak.... kakak faham maksud en L tu. Tak semestinya beli yg baru, baju lama pun tak apa tapi sedap mata dia pandang - faham kan (ok.. jgn kecamuk lagi... dah nak raya nie hihi...)

    BalasPadam
  5. gua sependapat dengan kak zakie.

    selebet-selebet lelaki macam mana pun mesti nak tengok makwe yang berpakaian kena pada gaya dan situasinya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. emm ye ke? aku dr hari pertama selebet. kenape hari yang ke 683 patut kena ungkit? hahaha

      Padam
  6. Ntahlah. Pada Kak Sha, semua orang ada hak kontrol life masing2. Dan mak ayah kalo kontrol kita time anak dara ni, takpe dik. Kita ni kena taat diorg baru boleh masuk syurga kan:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la. tak salah Kak Sha kalau nak tegur tp kena ada cara :)

      Padam
  7. baca pon makin serabut otak nih.huhu

    BalasPadam
  8. ye la..
    ada banyak benda yang lebih penting selain baju,kasut dan henbeg..
    lagipun bukan berbogel..kan??
    bukan tak de langsung..
    ada..cuma nak sedapkan mata orang tu memang tak daya la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la kak diana. kalo nak tego orang lain kali kena pandang2... kan?

      Padam
  9. Yang penting tutup aurat..dunia ni hanya sementara..bagaikan kapal yg singgah di pulau..akhirat yg kekal abadi hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibarat kapal singgah pulau is a nice term for today :)

      Padam
  10. take a deep breathe.
    Jangan fokus pada masalah, try fokus kepada penyelesaian...
    Dan banyakkan doa...
    InsyaAllah berkesan.. ok?

    BalasPadam
  11. sbr dear,kita xleh nk hepykan hati sume owg,but i think he will realise 1 day ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Tak semua hati kite boleh puaskan...

      Padam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.