Pengikut (Blogspot)

Khamis, 18 Oktober 2012

kaya miskin bapak kita jua...

Hello semua, selamat pagi....

Aku kena pergi teman Ncik Indra mesyuarat verifikasi kerja. Mesyuarat tapak kena mintak Ncik Meor Satey tengok-tengokkan.

Semalam adalah hari mengular dan hari tak jadi. Pagi duduk rehat tak buat ape. Petang pulak kengkonon ada meeting tapi kontraktor bagi alasan masuk hospital. Gile. Dalam syarikat Kelas D, name nak Wira tapi pekerja ada seorang? Wira celah mane?

Sebabkan SMK Setapak Indah tu dekat sangat dengan Festival City Mall. Singgah untuk mengular sehingga habis kerja. Kikiki.

Nak beli baju pun tak pasal. Takkan nak beli baju sejuk di Universal Traveller, yang ada discount 50%? Lagi tak masuk akal.

Jalan masuk Popular. Layan beli buku. Kan nak usha buku Donald Trump. Usha punya usha. Akhir sekali buku macam gambar kat atas tu aku pilih. Atas dasar cinta dekat Encik L. Kihkih. Tibe-tibe kan?

Bapak Kaya, Bapak Miskin yang ditulis oleh Robert Koyasaki. Bagus. Cerita berkenaan duit dari pengalaman. Untuk orang yang miskin, ini adalah satu inspirasi.

Masa dating 2 jam dalam kereta semalam. Aku bacakan buku ni untuk Encik L. Aku kan reti baca orang putih tp Encik L tak. Aku bertabah bacakan untuk beliau 55 muka surat. Cinta kan?

Ingat. Ubah pemikiran kerja kita. Biar duit kerja untuk kita dan bukan kita kerja untuk duit.

Kagum pulak dengan Dato Penyayang ni. Adey-chiau.

p.s : projek tepi saya ke laut.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.