Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Ahad, Oktober 7

jika benar ini cinta

hello semua, salam ahad...

aku masih dalam keadaan tertekan. kepada Ilahi juga sumber ketenangan abadi. Encik L juga tertekan. dari jauh aku dapat merasai sengsaranya. adakah cinta hakiki bahagia dunia ini milik beliau?

semenjak malam tadi, diri dibiar melalui jiwa-jiwa kosong. aku terdetik adakah ini semua paling baik. adakah membina ikatan paling baik dalam hidup?

rezeki ada di mana-mana. cuma aku belum kuat untuk harungi kehidupan. aku rasa bahawa aku sedang melakukan 'one way relationship' walaupun aku tahu sederas mana kau berusaha. kau masih tak mencapai standard hati aku.

malam tadi, termenung. menangis tanpa air mata. tertidur meninggalkan sebaldi kain tanpa sidai dan selonggok kain bersih bertaburan. menggunakan katil kosong tanpa cadar. melihat laptop sepi di pinggir kejauhan serta memilih ruang kecil di katil untuk perbaringan. jiwa aku kosong!

tersedar dari lena menjelang Subuh. air mata keguguran. aku tahu beliau di sana sedang mendoakan aku. kami sama-sama terkapai-kapai dan berjiwa lemah.

kepadaMu Ya Allah, aku berserah. adey-chiau

p.s : sekuat mana mulut ku memberi kata-kata bangsat padamu, sesungguhnya satu calar sendiri telah wujud dalam hatiku.

14 ulasan:

  1. awatni??? lekkkluuu yelah2 mengadu dgn Dia ye. ade hikmah semua ni...utk befikir sejenak dua... hummm tabah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. entahla Cik Paris...

      boleh kata takde ape yang terjadi cuma aku rasa aku diabaikan lalu aku mencari gaduh. aku tau aku cakap bnd yang salah. biarlah semuanya...

      Padam
  2. benggkang bengkok jalan adalah guru yang baik untuk kita mahir memandu kereta
    laluinya dengan sabar dan hati2

    BalasPadam
  3. Cuba cari puncanya.
    Dalam buntu kadang2 kita terlupa menoleh ke belakang.
    kenapa dia pilihan kita?
    kenapa dia yg Tuhan tunjukkan jalan?

    Tanya diri sendiri...apa yg kita mahu.
    Tanya dia...adakah kuat cinta dia pada kita.

    Masing2 kena kuat sayang...masing2 perlu kuat:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Kak Sha, banyak kekuatan yang diperoleh dari kalian yang komen... :)

      Padam
  4. Yup berdoalah kepada Dia, sesungguhnya Allah maha pemalu utk tidak menunaikan doa hambaNya yg bersungguh2 meminta ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. kata-kata awak memang 100% kebenaran. antara cepat atau lambat :)

      Padam
  5. sabar, jangan putus pengharapan pada Dia Maha Satu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. setelah apa yang terjadi, ternyata Allah Maha Mengetahui

      Padam
  6. sabar dan tawakal pada-NYA ye.

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.