Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Selasa, Oktober 9

isu kerja sampai bosan

hello semua, selamat tengah hari....

mengantok la. aku tak datang mesyuarat tapak hari ni. tak sudah-sudah. bagi aku tak relevan sungguh. ada mesyuarat tiap-tiap minggu. memperbesarkan isu kecil seperti perincian 'coping'. okey, untuk orang yang tak tahu 'coping', mari aku tunjuk gambar.

Coping adalah bentuk frame sekeliling tingkap itu
korang tahu tak coping pun boleh beli kat kilang. dan kalau tak boleh beli kat kilang, kontraktor akan lebihkan sikit konkrit untuk mencapai bentuk tingkap macam tu. dan kalau nak betul jitu, amek acuan dan tuang konkrit dalamnye.

Encik L yang tukang kampung pun pandai la. kan? ini pulak kau seorang Arkitek pula seorang kontraktor kelas D yang logik ada 500k untuk buat modal berniaga. tak perlu mintak perincian dari perunding pun. kan kan kan?

isu sekecilnya diminitkan dalam minit mesyuarat. serius rasa sampah. belum lagi bina jambatan. baru nak buat pejabat guru. SETINGKAT je pun. tahap rumah-rumah kampung yang kadang-kadang kemasan lebih menarik dan canggih dari tu. kan?

tapi aku menilai isu ni bukan dari segi masalah 'coping' semata-mata. aku menilai isu ini dari segi mentaliti yang menyalahkan orang lain dalam segala hal dan menuding jari kepada pihak yang tidak bersalah seterusnya meloloskan diri daripada masalah. adakah itu penyelesaian masalah yang terbaik?

tu je lah. di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. adey-chiau.

p.s : aku pun diajar untuk mencari kesalahan orang lain untuk bertahan dalam industri ni. macam mane la Labu...

9 ulasan:

  1. okay....kalau ada luahan...just luahkan. sabar sayang...sabar:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Kak Sha, dah marah dan keluarkan memo. Tu je cara nak selesaikan dgn cepat...

      Padam
  2. haha.ilmu macam tu tak perlukan buku.ilmu lolos diri.. :)

    tak kisah kompeni kecik besar pun.konsep mahu lolos diri sentiasa ada.

    wat da..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mane2 sama je kan? Kalo kompeni beso syok jugakla sbb isunya beso. Kompeni kecik isu kecik jd tak relevan

      Padam
  3. rasa membazir je kalo panggil meeting yang takda kuality.
    ouh, baru tahu copying ni.

    by the way, nak tanya.
    kontraktor ni, kelas dia ikut macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikot kelayakan pelajaran. Kalau dah ada degree kejuruteraan dah layak sampai kelas A.

      Yang bezakan hanyalah nilai kerja dan nilai duit dlm akaun syarikat. Ouh satu lg experience kerja

      Padam
  4. biasa la tu... dalam meeting, mesti ada tuding menuding punya...
    nak lepas tangan je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan org paling takde kuasa akan serap semua kesalahan kan?

      Padam
  5. hehe
    yang tak seronoknya, dalam dok cari salah orang
    tiba2 salah kita pula yang meriah dibincangkan orang

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.