Pengikut (Blogspot)

Khamis, 11 Oktober 2012

emosi makin membencikan

Helloo semua, selamat malam....

Hari ni lepas balik dari Kajang aku rehat. Malas nak buat overtime sangat la. Lagipun hati aku sangat kuntum. Encik L takde nak amek inisiatif nak pujuk aku. Sangat tak romantik.

Best sangat layan drama malam-malam. Tadi aku layan cerita Saiful-Nita. Takde menarik hati sangat. Mungkin sebelum ni aku tak layan langsung cerita tu. Yang jadi tema penting, bapak Nita bercinta dengan kawan baik dia. Tak terbayang aku situasinya kalau realiti. Dan jika benar cinta, mcm mane eh?

Biase lah, malam Jumaat yang masyarakat Melayu pagan anggap keramat ni ada pulak lah cerita Seram. Cinta Sarikit, hantu perempuan Thai yang mati dirogol. Aku rasa biasa jugak. Tapi Fauziah Gous tu yang jadi hantu. Wahahahahahaha *tolong baca dengan suara mengilai.

Cerita ni jugak cerita cinta yang tak kesampaian. Aku secara emosi menyalahkan suami Sarikit yang taknak bawak bini ke Malaysia. Kalau ko taknak usung ke hulu ke hilir baik tak payah buat bini. Kan, emosi kan aku.

Aku jadi emosi. Bila seseorang lelaki kahwin 2 orang tapi isteri nombor 2 dapat kelebihan yang nyata. Lebih-lebih dalam harta, macam gosip aku dengar siang tadi. Emosi tau aku.

Isteri pertama ko kendong ke hulu ke hilir masa susah. Isteri nombor dua yang dapat hak lebih. The hell betul realiti hidup.

Percaturan apa yang direncana dalam dunia serba tak adil ni. Fikir-fikirkan lah. Adey-chiau.

p.s : aku tau aku jadi emosi sebab aku bergaduh dengan Encik L.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.