Pengikut (Blogspot)

Khamis, 4 Oktober 2012

dunia TIDAK adil

hwellloooo semua, selamat petang....

aku rasa malas betul. nak balik Bangi melawat Ncik Atuk hari ni. jujur kan? bukan ape. entah. kenape aku patut meluahkan rasa ni dalam blog. bagi aku, takde siapa disekeliling aku termasuk Encik L yang boleh menjadi bahu untuk menangis. dahsyat sangat pemikiran aku kan...

hidup aku sangat-sangat susah. kebelakangan ini, terutamanya. tercetusnya ilham nak membina Rumah Kasih Sayang secara puncanya. dan kini adalah kesannya. aku akui, macam Hafiz AF lak. aku akui pengalaman membina sebuah rumah pertamaku amat bernilai dan dari segi kewangan kami rugi. 

bermula dari itu, corak kewangan aku menjadi tak stabil. ini adalah perkataan secara jujur, bak kata lain frankly. kawan-kawan lain, mungkin terfikir nak buat pinjaman untuk kereta, kahwin, rumah. kan, kan, kan? tapi aku tak. aku terfikir Rumah Kasih Sayang. 

gaji aku sedikit. siapa yang harus aku salahkan? dan untuk bulan ini, sebagai kiraan orang yang terpelajar. setiap ringgit gaji adalah bukan untuk aku. akibatnya perasaan atau semangat bekerja aku semakin kurang, kurang dan akhirnya aku demam. 

aku tak boleh bayangkan. macam mana peminta sedekah itu hidup. tiada sebarang wang tunai di tangan. adakah perut mereka tak merengek, adakah enzim-enzim lapar mereka sudah menjadi baik dan mendengar kata?

aku tak tahu, adakah ini dugaan terberat aku bersama dengan Encik L. aku pernah terlintas, kalau kami tiada apa hubungan. adakah keadaan menjadi semakin baik. aku sendiri tidak mahu bahagia cinta ini pergi. aku mahukan kedua-duanya jadi bahagia. tapi adakah aku layak?

bercerita pasal Ncik Atok dan Puan Nenek yang berkeadaan tidak sihat. dua hari lepas, Puan Mak sibuk-sibuk suruh aku bawak Ncik Atok balik Bangi. terkejar-kejar sungguh. ibarat isu menanam septik tank yang melibatkan pihak berkuasa tempatan, kontraktor dan klien adalah lebih remeh berbanding membiarkan Ncik Atok berbaring seketika di hospital sehingga petang sehingga aku habis kerja di keadaan Ncik Atok masih boleh bangun. 

aku pun keluar dari tapak dengan cepat-cepat. dengan rasa mengantok. dengan rasa pening paperwork timbun-timbun menuju ke hospital. waktu perjalanan itu sesak. iaitu tengah hari di saat segerombolan manusia memilih untuk makan di Bulatan Pahang. aku gagahi jua... 

sampai-sampai di hospital, semasa meletakkan kereta. aku roger Ncik Alang dan alangkah remuk hati aku bila aku dapat tahu Ncik Busu dah ada kat situ untuk menguruskan hal Ncik Atok. 

aku memang lah marah tapi malas nak kata apa-apa. hai, kenapa orang tak pernah nak fahami aku dan waktu kerja aku? kenape? tu je persoalan yang bermain-main. 

sedih dengan apa yang terjadi. adey-chiau.

p.s : kadang-kadang bila keadaan macam ni, aku selalu rasa dunia tak adil pada aku. betapa kufurnya aku. assalammualaikum...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.