Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Sabtu, Oktober 20

decor # rumah kabin

hai, hello semua, salam decoration....

emm. lama sangat aku tak belajar tips untuk mencantik, membina atau memilih rumah yang terbaik. sejak-sejak aku berkawan dengan Ncik Kiyosaki secara penulisan ni aku belajar satu perkara. yelah, baru baca satu bab kan ' rumah adalah liabiliti, bukan asset' jadi rumah akan menjadi tanggungjawab yang membawa kepada pengeluaran wang dalam masa yang panjang. cakap senang la kan, cuba buat? punya payah nak carik rumah mampu milik sekarang ni pun. 

aku pernah jugak la melawak dengan Encik L. kalo kite takde duit nak bina rumah. paling sampah kena ada RM33k, dapatlah korang duduk rumah stail PPRT. mane nak dapat RM33k kan? sampai aku terfikir nak buat rumah aku dari kabin. alah, kabin yang jadi pejabat tapak tu.... wahahaha. 

tadi aku cuba usha dalam internet. sekali ade kau. orang dalam dunia kategori mat salleh yang jadikan kabin rumah indah diorang. kagum-kagum.

(1) Maison Container

Bahagian Luar Maison
Bahagian Dalaman Maison
kagum kan? ini ciptaan Patrick Partouche dari Perancis yang menggabungkan beberapa kabin sebagai rumah dua tingkat tuh. luar takde la sampah sangat sebab beliau berjaya susun 6 buah kabin yang bersaiz 20 kaki secara dua tingkap lalu menempah cermin kaca supaya rumah nampak wow. wow! jugak harga cermin gitu. kan? ini bukan kategori jimat lagi...


(2) Rumah Kabin Pertama di Padang Pasir 

Bahagian Luar Kabin

kabin ini mengambil kira konsep eco yang mempunyai taman kat satu ruang dalam kabin ni. kabin ni dibina di Padang Pasir Mojave dengan menggunakan 6 buah kabin.

Bahagian Dalaman Kabin (Dapur)

(3) Rumah Cozy Moden

Bahagian Dalaman Rumah : Ruang Tamu & Dapur

Bahagian Luar Rumah
aku paling suka rumah ni. entah sayu dan sejuk mata memandang je tengok. wahahaha. aku memang suke kaler hijau kot. lagi satu bahagian rumah yang ade ruang luas macam ni memang kegemaran aku. senang orang ramai nak berkumpul kan.

okey. sampai sini cerita aku kan. ade banyak lagi gambar kabin yang lawa-lawa macam 22 Most Beautiful Houses Made From Shipping Container, aku tak terlarat lak nak cerita semua dalam ni.

aku ade nak tengok rumah nak renovate ni, dekat Bandar Sri Putra. adey-chiau.

p.s : rumah kabin pun rumah jugak. wahahaha ~!

6 ulasan:

  1. comel jugak
    sebenarnya berapa harga sebiji kotak kontena ni?
    kalau murah, mahu juga aku beli satu
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekolah panjang 20 kaki paling mahal 3000. paling murah 1800 dapat da :)

      Padam
  2. wow menarik,belanja pn leh tahan byknye kn?hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tahan la mahalnye. Baik beli rumah betul....

      Padam
  3. mmg style arrrr cara pemikiran mat salleh ni kan?
    gila smartt arrr rumah cabin depa tu ha..hehe

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.