Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 5 Oktober 2012

daya tahan kita : petikan ayat Al-Quran 1

assalammualaikum semua, salam jumaat...

aku tertarik dengan ayat-ayat yang dikumpul oleh seseorang yang aku minta kongsi dari sebuah blog yang aku dah lupa siapa. sorry eh. 

cuma aku add-up mendapatkan ayat-ayat tersebut dan fahami maksudnya. okey tak?






(1) Apabila Kita Merasa Sedih :

Petikan Surah Al-Baqarah, ayat 25

[25] Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya



(2) Apabila Kita Rasa Berdosa

Petikan Surah Al-Zumar, ayat 53
[53]Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



(3) Di Kala Memerlukan Ketenangan

Petikan Surah Al-Maidah, ayat 16

[16] Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.


bila semak-semak lagi perkara satu hingga tiga tu, ternyata Allah SWT memberi jaminan bahagia di syurga, Allah SWT Maha Mengasihani hambaNya dan Allah SWT memberi cara memberi ketenangan. wallahualam...


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.