Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Khamis, Oktober 11

bodohnya la saye...

Hello semua, selamat petang...

Bengong. Aku rasa aku bengong dalam cinta. Sebab tadi aku carik pasal aku sendiri rasa bhale.

Aku hari ni sebab rasa cinta mati sangat. Aku mengalah. Padahal bukan salah aku. Aku pun dengan murah hati belikan makanan tengah hari untuk beliau. Nak pujuk punya pasal kan.

Aku ingatkan Encik L kat rumah baru Ncik Bos Botak yang boleh keluar masuk suka hati. Maklumlah rumah tu belum siap kan. Tapi memang rasa bhale pun bercinta hari ni.

Encik L ada kat rumah yang Ncik Bos Botak duduk skang ni. Dengan sokongan padu dari Ncik Caah yang merangkap abang yang ingin menyatu hubungan cinta. Walau aku tau niat asal beliau nak mengular. Jadi kami pun hantar makanan tersebut ke rumah lama Ncik Bos Botak.

Pedih. Sampai rumah tu aku naik bagi makanan. Tu pun takde nk bercakap ape. Mood aku marah kan.

Aku bagi makanan. Aku nak balik. Lepas tu ada pulak Puan Mem yang garang tu. Bayangkan ler. Ko pekerja. Jawatan nombor dua dalam syarikat perunding. Pegi hantar nasik dan bercinta di rumah beliau. What the???

Yang best Ncik Caah diluar rumah terus cabut bila nampak Puan Mem sampai. Tinggal aku kat dalam. Kelam kabut aku kutip kasut aku, lari ikut pintu lain. Taknak aku kena jeling dengan Puan Mem.

Siap tunggu kat tepi jalan jauh tu. Tunggu Ncik Caah amek aku. Aku sendiri tak tau kenape aku bodoh sangat.

Tapi ape yang aku dapat dari Encik L. Takde ape kan? Ucap terima kasih pun tak.

Petang-petang ni hati kuntum la. Perjalanan balik dari tengok-tengokkan rasuk bumbung yang dikhabarkan nak roboh. Aku dah tak bawak kereta sekarang sebab Ncik Meor ade kan.

Lambat lagi nak sampai Selayang. Tido dulu. Adey-chiau.

p.s : saje letak gambar Ncik Caah, kerja visit terakhir sebelum resign next week.

Published with Blogger-droid v2.0.8

4 ulasan:

  1. tunggu dia sejuk dulu boleh?
    then discuss.

    tapi kalau asek panas je...well, apa lagi nak cakap.

    BalasPadam
  2. haih, bikin pening jugak kalau mcm tuh.rilex lah bagi cool down

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.