Pengikut (Blogspot)

Selasa, 16 Oktober 2012

abang tak faham??

hello semua, selamat petang...

pagi tadi dimulai dengan terkejut dengan nada dering Sesuatu Yang Indah, Padi yang dipilih khas untuk panggilan daripada Encik L. aku yang terpisat lalu terbuntang mata terus angkat. tiba-tiba menjerit suara garau 'Abang Tak Paham La....!'

aik. aku pun Tak Paham jugak.keluh aku. dalam hati je la tapi. waha! macam ni nak dijadikan cerita, malam semalam Encik L datang Selayang. nak siapkan kipas rumah Ncik Bos Botak. aku nak hantar balik la kengkononye kan. 

habis OT pukul 0230 pagi. dengan perasaan kecewa. nak tau pasai apa? drawing yang ditungkus lumus adalah salah sama sekali. balik dengan kekecewaan, bila drawimg aku masih ada salah. 

Encik L risau la kan. dah pagi-pagi buta nak hantar balik Kajang. nanti ulang ke Selayang pukul berapa pulak. jadi beliau pun berkorban la. beliau tido dalam kereta. aku balik rumah tido. sedih tak, sedih kan?

janji nak gerak pukul 0530 pagi bagai. nak elak kesesakan lalu lintas. dan dan tersedar pukul 0700 pagi. amek kau. yang tersedar dulu pulak Encik L. memang dapat la makan die. terus ayat tu keluar. 

akhirnya, bila melihat keadaan kereta yang berduyun-duyun di Jalan Khucing, Encik L pun beri kata putus, hantar beliau kat komuter yang berhampiran dan sebelum tu kitorang minum pagi sama-sama. 

tepat je 0830 pagi, Ncik Bos Botak panggil. suruh jumpa awal-awal. nasib baik aku tak hantar Encik L sampai Kajang. idaknye sia-sia kena marah dengan Ncik Bos kan. 

sayang Encik L ketat-ketat hari ni, seketat legging di kaki perempuan seksi. kihkih. adey-chiau.

p.s : pertama kali kena serang dengan cikgu sekolah rasa sebal tu, teringat pulak zaman kena denda tak hafal sifir dulu. 


7 ulasan:

  1. seketat lagging? ekekek...tak menahan baca ayat tu...

    BalasPadam
  2. ayat tu mmg besh la.haha.. kira ok la tu..

    BalasPadam
  3. apasal kalau sayang mesti ketat2
    sayang banyak2 tak boleh ke?
    hehe

    BalasPadam
  4. Jgn ketat2 sgt nnti takut lg bhya dr pmpuan pkai legging ketat.. :D

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.