Pengikut (Blogspot)

Isnin, 3 September 2012

puaskah kite?

hello semua, selamat petang isnin....




hari ni aku rajin ouh. malas la nak berlagak. kalo rajen rilek je 3 isu kat Miri settle. kalo rajen, takde masa nak makan nasik pukul tengah hari. kalo rajen, aku tak kenal dah ape itu status facebook. amcam? ni dah lebey perumpamaannya. 

tengoklah, kartun kat atas tu. memang dah ramai orang publish. dari fanpage facebook je aku songlap. benar ape yang dilukis. ini rencah kehidupan.

bukan senang nak puaskan hati semua orang. paling baik, dengar-baca-hayati-amal semua amanat dan perintah Allah SWT. manusia berkata penuh nafsu dan emosi. apekan lagi tiada beza pemikiran dengan manusia itu sendiri. 

macam buat Rumah Kasih Sayang sebab dengar cakap-cakap orang aku jadi tertekan. ada orang kampung bilang yang rumah tu tak lawa, kecik dan biasa-biasa. malah siap menjadi anjing, menyalak cerita yang langsung tak benar tentang rekabentuk itu. jadi? perlu ke aku dirikan rumah persis di Marikh? pernah kau sampai sana?

memang nampak ganas, pengucapan belakang. tapi bila depan-depan. sendirian kuntum-kuntum hati menerbitkan air mata. aku rasa sedih, bila segala usaha dan keringat dan lelah aku serahkan untuk membina Rumah Kasih Sayang dikritik mereka. sekurang-kurang aku bergerak dalam imaginasi sendiri, idea dan kepandaian peribadi, pengurusan tiada bantuan dan pendapat yang bukan datang dari mereka. 

pendapat Encik L senang. kepada mulut-mulut sakai, ada rumah diorang hebat macam rumah Donald Trumph. ada rumah diorang tu tinggi mencakar langit. kalau takde. diorang tak layak berkata dan mengkritik apa-apa. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.