Pengikut (Blogspot)

Selasa, 25 September 2012

momentum zero

hello semua, selamat tengah hari...

ade 2 3 hari jugak tak update. ingat aku rajin ke kerja? entahla aku rasa aku dah takde momentum nak kerja kat sini or nak kerja kat mana-mana. momentum zero bermakna dah lama aku berhenti berkayuh. 

aku tak tahu either aku sibuk bercinta atau ape. tapi kadang-kadang hubungan cinta yang sikit-sikit menjadi tanggungjawab ni memenatkan. honestly!

keadaan aku yang tak berduit ni membuatkan aku mengeluh dan merungut. at the end, aku bersyukur sebab kami masih mampu makan malam dengan harga RM11.00 sehari. aku mula belajar menilai harga makanan. ini adalah hikmah mungkin. sebab before ni aku tak pernah mengira harga makanan. aku main bulldoze dengan selera aku nak makan. tapi semalam aku dah mengetahui bahawa meggi dengan pama, meggi lagi murah. aku makin alert dengan keadaan semasa. mungkin ini hikmah. 

keadaan bercinta jarak dekat dan hari-hari jumpa pun, memenatkan. asyik nak menjaga hati antara satu sama lain. akhirnya dua-dua collapse, balik rumah pasti tahap tidur mati kan?

momentum kerja aku berkurang. paperwork yang lima buah, satu pun belum nampak bayang. kenape aku begitu malas? kan dah bagitahu yang momentum aku berkurang. bukan masalah cinta mana, tapi aku rasa aku tak berbaloi kerja secara rajin. aku dah lali kena marah. mungkin solution, aku kena berhijrah ke tempat lain?

nak atau tak, hari ni aku kena siapkan kerja. mungkin dah banyak sangat klien yang aku pegang. finally aku sendiri rasa tak tertanggung. aku mahu cuti! aku mahu holiday!! keadaan tak berduit nak cuti macam mane kan?

berdiri, berduduk bersama chenta hati kini bukan lagi bahagia seperti baru mula bercinta. bersebelahan dalam kereta bersama-sama adalah ibarat menjadi peneman kan? susah, senang, suka, duka kongsi sama-sama. dah takde lagi perasaan segan, semangat, bahagia dan mata blink blink macam dulu. 

okey. entri ni penat kan nak baca sampai habis? itu adalah aku yang kepenatan. 

p.s : Encik L cakap aku dah kurang senyum macam dulu. dulu aku suke senyum ke?


8 ulasan:

  1. Senyumlah sikit. Lagi baik nikah cepat. Bila dah nikah ada yg tolong picit bila penat. Masak/cuci baju/makan semua dah boleh share - tak percaya bila nikah kelak baru tahu betul ke tak kakak katakan ini hihi... ayat nak meggoda suruh org nikah cepat nie:)

    BalasPadam
  2. kengkdang dlm satu fasa kehidupan kita akan rs mcm ni..adik perlukan rehat sbnrnya..


    apa kata balik kampung bercuti atau pegi tmpt percutian yg murah-murah..


    nk tau x..dulu ms bercinta..akak dgn boyfriend (skang suami), kami kumpul rm2 satu hari..bila dh bnyk br duit tu kami guna pegi tgk wayang dan makan sedap..utk hari-hari biasa akak akan masak..makan sama-sama kt depan rumah sewa..

    BalasPadam
  3. selalu rasa camni bila mood down,,segalanya serba tk kena kan,,mungkin betul ckp akak atas tu,,,kene pergi bercuti,,,dekat2 pun tkpe,,ataupun ubah rutin dgn kekasih,,,buat benda baru,,;)

    BalasPadam
  4. senyum tu mcm ubat

    kene bnyk snyum wlaupon pnt tau

    BalasPadam
  5. kalau begitu...berhijrah lah ke tmpt yg lebih baik..semoga semangat bekerja tu dtg balik
    dan jgn senyum selalu..:)
    cheers!

    BalasPadam
  6. lepas ni banyak kan senyum k..huhuh.. kumpul duit sikit2..lepas tu amik cuti pergi holiday k..xpun balik kg..holiday juga tu..tenangkan fikiran..=)

    BalasPadam
  7. hmmm amek cuti xbermakna g holiday yg guna duit byk kan... (yg tu boleh menambahkan sakit kepala)
    setakat amek cuti rehat di rumah.. buat xtvt yg kita suka dan buat kita gmbira pon dah cukup...

    BalasPadam
  8. jgn cmtu.. senyum byk2 k... tgk cam sy.. xde sape dh nk tgk sy snyum pasnih.. awk untung sgt masih ada yg syg :)hehe

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.