Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Khamis, September 13

edisi spontan khamis 1

yup, ini adalah sidai kertas


hello semua, selamat petang...

boleh tak aku cakap aku dah muntah masuk meeting. hari-hari meeting. betul ke meeting boleh selesaikan masalah? ke lagi boleh tambahkan masalah? hai la....

boleh pulak Akak Speed-mart ingat aku jadi Supervisor Cleaner sebab aku cakap aku pegi meeting 10 sekolah. buat tandas. i construct la akak, i bukan clean. aku perlu pakai topi kiri kanan kot. baru nampak aku engineer. kehkehkeh. sebab aku penat, jadi suke Akak la nak cakap ape. 

tapi best ape, bila pegi mana-mana orang ingat ko hanya kerja kecil-kecilan. tu satu perasaan yang awesome dalam diri. baru boleh melatih sifat zuhud, kata kau. 

anyway, aku ada banyak paperwork yang nak kena buat. aku dah sepit pada sepit baju ni. tengok patut kerja overtime sampai Sabtu kalo nak semua in-done. phening ini kipala!

semua orang pun pening. semua orang pun carik rezeki. semua orang pun bertabah nak hidup. kenape Encik L boleh tak merungut walaupun kena panjat turun naik tangga pasang kipas. kenape eh? sedang aku pegi duduk meeting je pun mengeluh sakan. 

adakah sebab beliau sangat enjoy dengan kerja. adakah beliau menyimpan impian yang aku tak pernah tahu?  siapakah Encik L 5 tahun dulu? dan siapakah Encik L 5 tahun akan datang? aku masih mempersoal dia dan Dia akan memberi jalan untuk kami berdua. Insya-Allah.

Encik L sudah lama memadam kisah silam dalam hidup beliau tapi aku yang poyo nak beliau cerita dan kongsi sama aku. Encik L dah lama melupakan kekasih silam, namun aku pulak beriya nak menjejaki kekasih itu di mana. aku sendiri tiada alasan. aku dengan hati tenang tiada jawapan untuk gerak hati aku. adakah ini tanda cemburu?

ok, aku tutup entri ni dengan rasa pelik-kepelikan. adey-chiau.

p.s : aku selalu bermimpi aku bersanding. adakah ia jadi kenyataan?


5 ulasan:

  1. Bnyknya kerjaaaaa, org pompuan mmg perihatin dgn kerjanya. Tercatit kemas, tersusun.....senang nak refer kan.

    BalasPadam
  2. Dah kepit-kepit tu senagnlah nak tengok.

    Kakak doakan mimpi akan menjadi kenyataan dan itulah harapan setiap umat Muhammad mahu punya teman hidup. Sunnah tu dik...

    BalasPadam
  3. hmm kalau kita suka kerja kita... pasti kita tak kisah dan kurang merungut walau sesusah mana pon tugas kita tu...

    pendapat moon laa :)

    BalasPadam
  4. kerja yg kita suka pasti akan jadi mudah dan tak membosankan.belajarlah suka akan kerja anda.huhu

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.