Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 21 September 2012

edisi jumaat bosan 2

hello semua, selamat pagi jumaat...

Ncik Bos Botak panggil pagi-pagi. lately beliau jarang hentak meja dengan aku. maybe beliau dah cukup tua atau rasa aku dah cukup tua untuk semua ni kan?

perkhabaran Ncik Caah nak berhenti kerja amat mendukacitakan aku, terutamanya. entah. bagi aku Ncik Caah ni dah macam abang aku dah. takde duit, boleh mengendeng nak makan free. 

lemau sungguh nak buat kerja. penat meeting pun tak habis lagi. satu pemikiran, siape yang akan sanggup melawakkan diri time aku tengah stress nanti?

ingat lagi. masa dulu. sebulan lepas aku masuk kerja sini. aku sangat stress. masa tu semua tak kena. semuanya Belanda. cuma aku tak tahu. Ncik Bos Botak mengarahkan aku bekerja dengan Ncik Caah, menguruskan baikpulih sekolah terbakar, Bedong. 

tapi masa tu aku rasa under control lagi. aku masih belum meletus nak berhenti kerja. sebulan lepas tu, ada krisis aku di pejabat. dengan engineer lama, yang memang tak suka aku. dan aku tahu, aku bukan perform mane pun. tapi aku tak diberi peluang.

masa tu, Ncik Bos Botak bagi aku projek buat rumah PPRT dengan seorang site supervisor beliau nak locate aku. finally antara Ncik Caah dan Ncik Azmi, aku pilih Ncik Caah untuk bersama-sama mengharungi projek askar dengan aku. life is what we decide. betul?

masa tu, Ncik Caah selalu encourage aku. menganjing 'dengan kasih sayang' tentang kehidupan di tapak dan di dunia ini. walaupun aku dah pernah dicampak dari dunia perunding dalam politik pejabat ni, aku macam tak kesah ape. puncanya, masa tu aku ada Ncik Caah yang mengajar aku selok-belok site. aku lega. 

perhubungan dalam pejabat, macam keluarga je rasa bila bersama dengan Ncik Caah. berkongsi air dan nasik lemak itu general. apetah lagi menasihat dengan gaya perli adalah kebiasaan. 

mungkin sebab Ncik Caah terlampau ceria, buat kami semua lupa yang ada beban perlu ditanggung beliau. Ncik Bos Botak menyifatkan memendam masalah adalah punca utama masalah. aku jugak tahu, Ncik Bos Botak dah anggap Ncik Caah anak beliau, nak masam muka pun tak guna kan?

aku bukan menghalang Ncik Caah. kerana peluang yang datang tu begitu baik. tapi sebagai seorang sahabat, hanya ucapan terima kasih banyak-banyak. mungkin kerana 40% beliau, aku adalah seorang yang kini. adey-chiau. 

4 ulasan:

  1. Ermm sygnya klu pembimbing dan org yg plg rapat dgn kita dh takde..mest smgt pun down skit kan...takpelah work must go on..huhu

    BalasPadam
  2. bgsla ade kawan sekeje y begitu

    susa nk cr ooo

    BalasPadam
  3. x pa yakin pd diri.. sampai bila nak bergantung pd org lain kan..

    BalasPadam
  4. best pula baca pasal ncik boss botak ngn ncik caah. huhu like the way u express ur feeling. =D

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.