Pengikut (Blogspot)

Ahad, 12 Ogos 2012

meraikan bulan-bulan memberi dan bersedekah

Hellooo semua. Salam ahad...

Mata aku tak boleh lelap lepas sahur. Jadi mari mengkaryakan diri a.k.a menjadikan diri karya. Aku bukan arca nak menjadi karya kot.

Seminggu menjelang lebaran. Lebar-an silaturahim anda dan buatla ahli keluarga, saudara mara, sahabat baru, sahabat kerja, sahabat lama, bos-bos yang makin ketiadaan rambut, ibuk bapak mbak, wak-wak kerja, pekerja jual tudung, pekerja kuih raya dan semua yang ada di dunia bergembira.

Puasa adalah bulan kuasa ganjaran. Apa yang kita usahakan pasti mendapat kelebihan. Insya-Allah. Aidulfitri adalah hari kemenangan dan menjaga hubungan sesama manusia.

Persiapan hari raya tahun ni suam suam kuku. Duit raya untuk budak-budak adalah searas tahun ni. Berjimat. Hahaha.

Bulan ni penuh dengan sifat memberi. Aku paling puas bila setiap orang yang aku beri sesuatu tersenyum menerima pemberian tak seberapa. Padahal aku beli cincai je. Macam menyesal pulak dalam diri tak beli yang terbaik.

Ok. Hari dah mencerah. Terasa nak mandi dan memanjakan diri dengan membasuh rambut molek-molek. Adey-chiau.

p.s : Berbuat baik kepada ibu bapa selagi hayat mereka dan hayat kita dikandung badan. Ok?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.