Pengikut (Blogspot)

Selasa, 14 Ogos 2012

karut ini entri

hello semua, selamat tengah hari...

beberapa hari lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang. tapi aku dengan Encik L serupa macam taknak raya. kerja konon bagai nak gile. apelah, hidup dalam bidang construction ni....

hari ni sahur dengan bihun goreng spicy yang dimasak oleh Cik Hawa. pukul 0415 pagi beliau bertabah mengisar bahan-bahan menggegarkan rumah sewa. aku tak amek hati pun. makan dan tidur. kire bagusla beliau nak masak. nak harapkan aku? memang tak la kan.

semalam aku sibuk dengan proposal tanah untuk submit ke MPS untuk seorang Ir. memang Ir tugas yang diberi untuk arahkan orang aje eh. buatla sendiri kan?

malam pulak berbuka puasa di rumah Ncik Caah dengan tujuan menemani Ncik Meor Satey yang sudah hampir sebulan menjadi warga Teamcoat. dengan beliau ni senang. tak kawen dan bersedia menerima ape saje kemungkinan perubahan arah dalam syarikat ni.

beberapa checklist raya aku nak buat dalam phone. tapi satu usaha pun aku tak gerak lagi. hari tu beli cat untuk rumah nenek tapi tak tahu terlaksana ke tidak. 

sekarang aku melepak kat office. menunggu report IKRAM di-print. Ncik Bos Botak cuba nak spend time dengan bidang baru. mungkin aku boleh brainstorm dengan Ncik Meor bentar-bentar nanti. 

ape yang kite perlukan dalam hidup hari ni mungkin perniagaan. baru boleh bawak untung. sekian untuk hari ini. assalammualaikum.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.