Pengikut (Blogspot)

Khamis, 2 Ogos 2012

dejavu satu anugerah tp kita masih ada Tuhan

Hello semua... Selamat tgh malam...

Encik L berhibur bersama-sama kawan di Miri before balik sini. Jadi aku ditinggal untuk berehat. Encik L tak suke perangai aku time penat. Apehal?

Ok. Nak cerita pasal drama Melayu yang semakin mendapat tempat di hati aku. Mereka sudah mula berkarya dan melayar cerita serupa realiti. Memang semakin baik.

Dejavu Kinabalu telah berakhir dengan Nadira kembali menerima Bazli sebagai suami di akhir cerita. Sebagai insan biasa. Normal untuk manusia rasa keliru dengan cinta. Rakyat Malaysia dah memilih Bazli untuk Nadira dan Ammar keseorangan.

Kite kena hadapi dan tak salah jika realiti tu menjadi drama. Ramai je yang kembali macam tu dan bagi aku tak layak jugak Nadira dipersalahkan.

Apa yang aku dapat baca ialah pengarah menyelitkan isu degupan jantung Nadira sekali lagi bila bertembung dengan Ammar di akhir cerita. Tu maknanya, memang bukan sebab tukar jantung yang menyebabkan Nadira mencintai Ammar. Hanya Allah SWT yang menerbitkan naluri dan perasaan kan?

Ok. Sekarang aku tengah suka layan cerita 7 Ramadhan. Jugak cerita Waris yang masih banyak persoalannya. Adey-chiau.

p.s : cinta akan jadi indah dgn tolak ansur.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.