Pengikut (Blogspot)

Khamis, 2 Ogos 2012

dari kasut tinggi ke tongkat payung

hello semua...

salam ramadhan ke-14. dah 2 minggu puasa. hari ni hujan rentek-rentek dan air bergelora di kawasan Selayang Pandang. aku masuk office macam aku ni bos-bos la. sape suruh Ncik Bos Botak pegi Miri. aku menyamar la jadi bos sekejap. kah kah kah. 

okey. baik semua orang rujuk entri ni heels warna coklat yang menjadikan tajuk di atas berlegar-legar di minda. ko pernah berminda ke Mastura masa pakai kasut tu? hihihi. 

semalam. pagi-pagi dah kalut. bangun pun dah ala-ala bos kecik. urus hal itu dan ini. sambil terkejar-kejar nak pegi buat Ujian Kiub bersama dengan klien JKR dan pembekal Mapei.

turun menapak tend to berlari di tingkat empat aku tergelongsor dengan ketinggian kasut 5 inch tapak runcing. lepas jatuh gelongsor aku rasa kaki aku masih fungsi dengan normal. tapi disebabkan kekalutan menguasai diri dan persekitaran lalu aku dengan tindakan spontan bangun secara mengejut. 

selesai berdiri dalam tempoh sesaat, aku terus terpelecok semula dengan sarungan kasut di kaki. pedih ouh. tapi sebab aku macho aku cakap aku okey. memang tengah tak sakit time tu. aku elok je berjalan sana-sini kat makmal Prima Selayang. 

balik dari tu, aku tengok kaki dah mula membengkak. wah, kecacatan sementara timbul. kaki aku disahkan terseliuh. feeling doktor pulak aku ni. 

bukan aku gedik-gedik nak jadikan payung sebagai tongkat. bukan aku suka-suki nak feeling Dr House. tapi memang sakit kawan-kawan sebab urat yang tergeliat tu adalah urat yang ada di tengah-tengah kaki. bile pijak, perrrgh. Allah SWT je yang mengetahui. 

sampai malam ouh sakit. letak minyak super panas pun tak rasa. so, hari ni aku nak pegi urut. tu pun kena harapkan orang lain yang hantar aku ke sana. ahaai. tu la, dulu aku fikir aku ada kereta aku dah takkan menyusahkan orang lain. riak. tapi sendiri tak sedar, bila 5 sebelum didatangi dengan 5 selepas iaitu Sihat Sebelum Sakit, kereta pun ko tak mampu bawak Jah....

Encik L akan balik hari Sabtu ni tapi tak tahu la aku dapat amek kat airport ke tidak. aku tak berdaya nak bawak kereta pun. sepatutnya aku akan ke Batang Kali untuk membeli pintu pun tak dan. banyak kerja postponed kalo kaki terseliuh macam ni. duduk office tulis blog je la kan. boleh? hahaha. 

okeyla. saje je tulis mintak simpati. kehkehkeh. adey-chiau.

Jangan over. Aku pakai payung biase je. 
p.s : Encik L nak buang heel tu..... tidak!!!!!!!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.