Pengikut (Blogspot)

Rabu, 18 Julai 2012

syukur dan terima dengan kadarnya

hello semua, selamat tengah malam...

aku stay rumah nenek hari ni. mula-mula ingat nak balik malam. tapi dengan hujan tambah kaki disagat Ahad lepas buat aku pasrah dengan segala-galanya.

lately, aku banyak belajar pasal kehidupan dan gaya sosial. beberapa perkara mengenai menerima peluang dan mengusahakan peluang. dahsyat sangat ayat aku ni eh?

sebenarnya dengan rasa jujur aku mengaku aku sangat penat. menguruskan hal kerja termasuk hal Rumah Ayah. tipulah kalau masa drive aku tak khayal kan. 

ade lah, beberapa hari yang lepas. aku bawak kereta sorang-sorang pegi tapak rumah. masa dekat lampu isyarat tu. lampu dah hijau. aku jalan la kan. tapi kereta depan aku tak jalan lagi. aku pun terlanggar la sikit kereta depan aku tu.

punye cuak. tak tipu geng kalian. aku meluru keluar. mungkin sebab ada Allah Maha Besar yang Maha Mengetahui betapa serabutnya fikiran aku. kereta aku dengan kereta Pakcik Tak Bertempat tu selamat. calar takde, ape takde. apetah lagi bumper nak jatuh. ye dak?

Pakcik Tak Bertempat mula underestimate. aku tahu aku perempuan. seorang diri bawak kereta. dah kecoh kat depan lampu isyarat. cakap sebenarnya klip bumper sebenarnya patah. nak suruh ganti bla bla. ape hal? calar pun takde. takkan bumper boleh runtuh. engineer la sikit kot.

Pakcik Tak Bertempat aku nak bagi duit RM100. yelah, dalam hati aku mungkin beliau nak pakai duit kan. tapi biasa lah. orang kite (termasuk aku) fikir nak carik duit senang. dengan benda-benda macam ni. suka-suka hati mintak aku RM550. bhale! report polis untung lagi kot.

bagi tak elakkan kesesakan. Pakcik Tak Bertempat ajak aku berhenti tepi jalan. aku? sorry kawan. aku terus bla. bawak kereta laju-laju. woha! nasib baek beliau tak kejar aku. 

ingat aku perempuan nak terkedu-kedu ke kalau benda tu tak memudaratkan sesiapa. aku benci lelaki yang pandang rendah kat perempuan. so on, kau juga tak mampu nak selesaikan benda-benda dalam hidup kalau perempuan takde. 

setakat langgar orang. kereta pun tak calar. tak rosak. aku tak pernah takut dengan polis. aku ada masalah nak rujuk mahkamah besar dari tu kot. orang kite, orang kite.

kenapa aku pertikaikan isu ni. sebab ada peristiwa yang lebih hebat keesokan harinya. yang menyebabkan aku tersedar dan faham ape itu memberi lalu menerima. etika dan cara yang mungkin buat aku ingat sampai bila-bila.

esoknya pun aku berulang ke tapak rumah. bawak Bapak as pemasang tile. merungut pulak orang tua tu, grinder susah nak potong. akhirnya, aku beralah pegi carik hardware beli.

kebanyakan hardware memang tutup kan. kalau hari Ahad. tibe-tibe Allah Pemberi Rahmat nak tolong. ada satu hardware bangsa asing yang aku gelar Auntie Kansai. hardware memang tersorok. barang nampak macam old school je. pemotong tile pun kotak dah tahap habuk dah. 

dah lama la kot orang tak datang kedai tu. aku purcahase benda alah tu. dengan ratusan jugak. bile balik semula kat tapak, aku try tak boleh nak potong tile sebab tak fit size. aku pun pulangla balik. perlu ke buat hiasan? tak perlu kot.

sampai kat kedai, aku malas nak kecoh. Ncik Bos Botak ajar aku. bagila sikit upah. so nanti masalah selesai. aku pulangkan pemotong tile. aku bagi die 30% dari harga asal. tak banyak cerita pun. benda elok, aku bagi ekstra dan terus amek. kan?

same gak dengan accident tu. kereta sihat walafiat. aku nak bagi duit minum syukur la. orang kite termasuk aku. tak puas hati benda yang salah. adey-chiau.

5 ulasan:

  1. beselah tu.nak wat camne kan.terima jela.orang kat malaysia ni memang suka pandang rendah kat orang lain terutamanya pada perempuan.hmmm

    BalasPadam
  2. Ambik blk 30% harga brg tu ke pas pulangkan?..suma nk ambik untg kan...hermm

    BalasPadam
  3. tulah..biasa la kalau org ppuan bwk kete..:)

    BalasPadam
  4. hurm..mnusia dunia skg,apepn duit yg di pk kn..

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.