Pengikut (Blogspot)

Ahad, 1 Julai 2012

sihat-kah? # teh putih bukan warna snow white

hello semua, salam ahad, assalammualaikum....

hari ni aku nak cerita pasal khasiat teh putih. aku suka layan air teh putih campur dengan bunga kristanum keluaran Pokka. memang marvelous beyh. 

Kegemaran ni...
teh putih ni dikatakan mengandungi bahan anti-oksida yang tinggi. melebihi kopi dan air teh hijau. semua orang tahu, kandungan anti-oksida yang tinggi akan membantu kita melindungi badan kite daripada radikal bebas. radikal bebas yang bermaksud virus dan bakteria yang boleh membawa kepada seteruk-teruk kanser sehingga ke sel-sel yang mempercepatkan penuaan. dahsyat tak pakej ciptaan Allah SWT ni?

KEBAIKAN SATU : Menghalang Kanser
iya, fakta yang dianggap mudah kan. kanser merupakan ketumbuhan dalam sistem badan manusia yang tiada ubatnya dan mahal ubatnya pada zaman ini. ada kajian menunjukkan bahawa teh putih mempunyai kuasa dalaman dalam merawat atau menyembuhkan kanser perut dan usus dan kanser prostate bagi lelaki. ini sebab, teh putih ni ada satu bahan yang digelar sebagai Flavinods yang akan menghalang pertumbuhan sel kanser yang baru. wallahualam. 

KEBAIKAN DUA : Merendahkan Tekanan Darah dan Hati
kandungan anti-oksida yang tinggi akan membantu melancarkan perjalanan dengan memberi kekuatan kepada pembuluh darah jenis ateri berfungsi dan menekan darah dengan baik. seterusnya, kejayaan fungsi ateri dalam badan akan merendahkan tahap tekanan darah, menjaga organ jantung dan hati untuk berfungsi dengan baik. 

KEBAIKAN TIGA : Mengurangkan Kolestrol dan Agen Kurus
ok. ini fakta memang lebat dan disukai aku. teh putih macam teh hijau la. kandungan anti-oksida yang lebih tinggi akan mengeluarkan segala kolestrol atau lemak yang tak perlu dari badan. makanya, kolestrol akan berkurang dan kita akan jadi kurus. huhu!

KEBAIKAN EMPAT : Kesihatan kulit
selalunya radikal bebas akan membantu mempercepatkan sel penuaan kulit macam bila selalu duduk bawah matahari dan kerja dalam keadaan stress. dah memang-memang kandungan dalam teh hijau menghalang semua tindakan bakteria-bakteria jahat tu. maka kulitnya lebih anjal dan tegang. jadi muda sentiasa la kononnye. kan?

ape nak buat ni eh? bosan. adey-chiau.

p.s : seronok sangat cerita kebaikan teh ni. kalau cherry berry masa date sebab teh ni malu gak kan? aku lah yang mengalaminya. wooha. 

1 ulasan:

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.