Pengikut (Blogspot)

Selasa, 24 Julai 2012

semua orang sayangkan ibu

hello semua, selamat pagi...

hai, hello mak. insan yang paling berkesan dalam hidupku melebihi rasa cinta pada kekasih. mak sangat tabah melalui hari-harinya. aku doakan mak sentiasa bahagia dan sihat walafiat hingga hujung nyawa. 

okey. biar lantak mereka nak kata aku poyo atau berhati kuntum untuk seorang insan yang bernama mak. memang kamu semua perlu itu!


dah lama kot vlogger famous ni post benda ni kat youtube. aku pun dah ulang berkali-kali dah tengok kalau aku bosan. aku suka beliau, ikhlas bersama kreatif. jadi video yang terhasil sentap dengan ikhlas. kan?

semalam. hari seharian aku bersama mak. mak dah tua. mak dah tak upaya nak jerit tinggi-tinggi kalau aku bangun lambat. mak dah tak kuasa nak memandu dalam kadar jauh. mak tidak kudrat mengangkat beras 10 kg seorang diri. mak dah tua. 

mak perlu anak menghadirkan senyum. mak perlu cucu untuk menerbitkan hilai. mak. maafkan anakmu. yang sering ulang-mengulangi kesilapan. namun, kau tabah sebagai peneman. adey-chiau.

p.s : maafkan aku. aku terlalu mengejar dunia. 

7 ulasan:

  1. tros rasa nak balik skg.. syg mak gak =)

    BalasPadam
  2. randu jgk...nak balik kg time puasa nih tp kerja x mengizinkan..huwaaa

    BalasPadam
  3. Mak oh mak.. dh jd mak ni memang rasa lbh menghargai mak dr sblm jd mak.. asyik degil je apa mak kata. :D

    BalasPadam
  4. hargai mak semasa mereka masih ada..waktu muda kita mmg selalu melebihkan dunia dr mak sendiri,akk dh rasa kehilangan mak..:)

    BalasPadam
  5. aaaaaaaaa terus je sebak..x pernah lg ku tumpahkan tangis di perantauan ini.. :(

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.