Pengikut (Blogspot)

Ahad, 8 Julai 2012

rawan hati duit kena songlap

assalammualaikum wbt.

rawan betul hati ni. Allah SWT sedang menguji aku. aku dipertemukan dengan seseorang yang berhati busuk. hampir sebulan aku marah dan maki. finally, aku dah rasa semua rasa marah aku hilang. benar cakap para ilmuan agama. redha dan sabar membawa kepada penyelesaian masalah yang baik. 

aku actually sangat bersyukur. aku angkat tangan tinggi syukur kepada Allah SWT, Tuhan Maha Adil lagi Bijaksana. terima kasih atas anugerah-Nya, yang membuat aku berkecimpung dalam industri pembinaan ni.

selepas dari bidang politik. industri pembinaan dan perniagaan boleh kata bidang yang senang dibawa ke kancah penipuan. aku sendiri, blajar skill berkata-kata manis mulut untuk melangsungkan projek hingga selesai. tapi setakat ni, aku belum pernah menipu.

nak jadikan cerita, kontraktor rumah Ncik Ayah memang kaki songlap. terang-terangan. tapi taknak mengaku. depan Ncik Ayah, siap kutuk aku dan Encik L yang selama ni jadi lembu dicucuk hidung. dengar keputusan beliau yang sememangnya menjahanamkan diri sendiri.

membuat rumah Ncik Ayah ada perjanjian. dan setakat hari ni, aku berkali-kali nak bawa surat perjanjian yang telah dikhianati separuhnya ke pihak peguam. namun, Encik L yang memberi kesabarannya. 

kejam lah. kalau ambil hak Ncik Ayah kan, buat pusingan untuk tempat lain dan rugi. adil tak? kejam lah. dah la bawak lari duit orang. lepas tu, handphone tutup memanjang. apa-apa masalah taknak slow talk. padahal, aku seorang yang sangat memberi muka. 

wahai, kontraktor yang suka pusing-pusing. kau tak takut ke dengan hidup roda turun naik ni? kau tak takut ke, kalau ko tuduh, fitnah dan mengadu domba finally anak bini kau yang makan tempiasnya?

songlap duit aku almost 15k. jangan ingat aku tak kire? aku tahu semua dan aku dah faham rentak permainan kau.

aku rela. aku rela bermusuhan dengan keluarga janji apa yang Ncik Ayah patut dapat dengan rumah tu tercapai. 

aku tak rela. aku dengar cakap kau akhirnya kau bawak lagi semua duit lari macam yang kau buat pada aku beberapa bulan yang lepas. 

dan aku takkan benarkan syarikat kau bangun. dan syarikat baru ko pun. ko boleh daftar sebanyak mana syarikat yang kau nak. selagi ko tak selesaikan masalah dengan keluarga aku, aku tahu ko takkan selamat dunia dan akhirat. 

aku hanya berdoa, agar korang tak jumpa dengan kontraktor yang buat rumah Ncik Ayah. sebab die sangat licik dan sangat pandai mempropaganda cerita yang tiada. adey-chiau.

p.s : aku tak bodoh dalam estimate simen. aku jugak belajar walau keluar terus jadi engineer dan tak perlu ikat batu untuk aku tahu semua tu. 

6 ulasan:

  1. jgn marah sngt..cool ye..sy takut~

    BalasPadam
  2. huhu... ni laa manusia kan.. nak senang dan untung lebih..dgn cara yg xbaik..

    BalasPadam
  3. kes kontraktor menipu rupanya
    memang kena perhatikan sentiasa tu
    penipu ni ada kat mana2

    BalasPadam
  4. byk jugak kes makan duit wat rumah ni. klau tak mkn pun, dorg beli brg murah.

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.