Pengikut (Blogspot)

Isnin, 2 Julai 2012

monday blues # musang berjanggut terapi putus cinta

hello semua, selamat malam...

ini adalah entri nombor tiga di hari isnin. memang aku sangat blues. dengan semangat waja petang tadi. gile-gile aku pertahankan cinta dengan sepenuh hati kan? akhirnya, aku sendiri kandas beb.

clap clap untuk diri sendiri. sedang asyik aku memikirkan hal ehwal rumah dengan perasaan damai. tibe-tibe hati Encik L sentap amat. ajak aku clash. memang aku sangat tak boleh terima kenyataan. sangat-sangat tak boleh terima.

okey. sangat perlukan tidur sebagai terapi tapi sebelum tu mari layan Musang Berjanggut dulu. best tu, putera raja menyamar sebagai rakyat biasa yang dianggap gila. gila sebab campurkan bahan-bahan masak dalam satu bekas yang sama.

semua rakyat tak berjaya nak asingkan beras, cili, garam dan ape segala rempah dalam tu. akhirnya jodohnya yang bijaksana tu berjaya asingkan. 

lelaki perlukan perempuan bijak kan? dalam uruskan rumah tangga. tapi kenape lelaki terlampau ego untuk semua itu?

sedihla. sampai takde air mata. ini adalah satu pengakhiran. selamat malam.

p.s : aku pasti, jika aku mengalah. maka tiada apa lagi antara kita. aku bersedia.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.