Pengikut (Blogspot)

Isnin, 2 Julai 2012

monday blues # beri peluang sebelum adili

hello semua, selamat hari isnin...

aku nak kongsi cerita. iya, cerita orang melayu la. saudara mara sebangsa aku sendiri. kadang-kadang aku pun jadi macam diorang jugak. cuma, dalam keadaan sedar macam ni. aku rasa memang meluat dan menyampah.

aku suka. aku suka perempuan pandai jahit baju. sebab dengan jahitan yang hebat perempuan lain akan kelihatan lebih anggun. aku tak tau. aku sendiri idamkan untuk buat satu baju cantik untuk majlis. majlis yang tak kunjung tiba bila. 

kadang-kadang mulut aku pun tak reti menipu. aku boleh pergi cakap kat tukang jahit yang kalau boleh aku nak hantar baju untuk majlis. tapi entah-entah bulan 12 nanti. tu ayat aku. 

tapi disebarkan cerita lain pulak versinya. cakap aku nak bertunang. choi! memang rasa lahanat siot. kan dah mencarut. tapi korang tak fikir apa balasan si humazah (si pengumpat) pulak dalam isu ini. benda yang disampaikan salah. ahli keluarga aku salah sangka. 

Puan Nenek cakap semalam yang aku pilih orang yang salah. belum tentu lagi ahli keluarga Encik L akan suka dengan aku. tapi apa aku boleh buat? aku tempuh je la pun. aku memang nak jadi isteri beliau. lagipun, aku memang dah hidup susah dan mungkin susah lagi. minda aku dah bersedia.

di saat aku tak makan, ada aku sekat perbelanjaan Puan Nenek dan Puan Mak? rasa macam takde. cuma orang sekeliling memandang tiada duit itu adalah hina. common, jangan jadi Yahudi sangat boleh?

Puan Mak dan Ncik Ayah memang tak berkenan dengan Encik L. Encik L pulak takde tindakan. nak melembutkan hati orang tua. lepas tu, memekak yang aku tak pertahankan beliau. lelaki memimpin atau apa? bila aku start memimpin nanti melawan pulak. ape jenis pengorbanan yang kau ingin aku lakukan ni? adakah pengorbanan dengan jiwa tolol?

aku nak sangat berkahwin. aku tak tahu pulak esok lusa aku nak bercerai. hidup macam-macam rencah. kenapa kita institusi keluarga nak serencahkan satu-satu benda?

kesalahan. kedukaan. kesusahan. aku bengang dengan semua benda yang dijadikan isu. aku masih berusaha harung kehidupan ok. aku bukan duduk diam. kalau aku maseh duduk diam, mungkin aku takkan ambil tanggungjawab membantu ibu bapa. 

fikir. wahai ibu dan ayah. fikir. jangan disebabkan jaga maruah dan spesifikasi yang ditetapkan oleh seluruh orang kampung. kamu tak mahu buat ujikaji atas calon menantu dan mengesahkan gagal. 

kite sendiri tak tahu yang batu bata boleh menjadi asas pada suatu bangunan kalau tak buat ujikaji atasnya. kite sendiri tak tau kekuatan kenaf untuk tanggung beban dengan gaya sifat lenturnya. 

aku tahu aku salah buat pilihan. pilihan jodoh aku memang paling tak sempurna. tapi pilihan ini adalah satu rasa kebahagiaan. pilihan ini yang sanggup mendahulukan banyak benda, dalam aku menanggung keluarga. ada aku perlu cerita segala kewangan keluar masuk kami dalam menampung keluarga aku. ada perlu?

boleh tak, bagi peluang? adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.