Pengikut (Blogspot)

Selasa, 3 Julai 2012

kerja kini membuat keputusan

hello semua, selamat malam okey...

masih di office. kunci rumah tinggal. ahli-ahli hostel telah memberjalankan diri masing-masing. aku jadi pisang hari ni. jadi terpaksa tunjuk rajin dan lepak di office. kekesalan dalam hati tak pegi carik kunci yang misplaced. bhale untuk diri sendiri.

hari ni banyak pulak keputusan yang aku kena langsungkan dan aku sangat pening. somehow, aku patut release part by part. betul?

kontraktor tukang buat. consultant tukang runding. supplier tukang bagi barang. secara umum, tiga bidang ni akan bersatu dan bertekak memenuhi kehendak klien yang menggunakan rumah, pejabat, tandas even sekecil-kecil membina pagar sekeliling reban ayam. 

bila kontraktor berbaik hati, maka consultant atau klien akan jadi langsi dan sebaliknya. masing-masing dengan sikap egois atas kelebihan dan tanggungjawab diri sendiri sampai kita tak boleh nak duduk semeja. kenape eh?

iya. aku semakin ghairah dengan industri ni. setiap hari aku bangun dengan pelajaran dan pengalaman yang baru bersama-sama dengan mereka yang bersama-sama membangun dengan usaha murni membina pusat kelahiran bangsa a.k.a sekolah. 

melihat jatuh bangun seorang bergelar jurutera bertukar-tukar aplikasi. sekejap merunding dan sekejap membina. aku jadi takut dan terus bersemangat untuk sama-sama bangun membantu bangsa. 

okey. itu saje bebelan seorang jurutera muda dari syarikat yang mengalami zaman kejatuhan yang ideal. aku sangat ingin maju. adey-chiau.

p.s : sangat sedih pabila dunia teknikal yang sangat agung dipolitikkan. 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.